top of page
TABUNG KEBAJIKAN & PELAJARAN
PENYUMBANG TABUNG KEBAJIKAN & PELAJARAN

Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) ditubuhkan pada 9 April 1986 membawa matlamat untuk membantu warga Wilayah Persekutuan yang berpendapatan rendah dan miskin bandar dalam aspek pendidikan, kebajikan dan sosioekonomi.

Selaras objektif tersebut, kami mengalu-alukan sumbangan wang ringgit untuk warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang amat memerlukan bantuan melalui Tabung Kebajikan & Pelajaran Yayasan Wilayah Persekutuan.

YWP telah menyediakan platform atas talian bagi membolehkan penyumbang memberikan sumbangan secara online dan bantuan tersebut dihantar terus kepada penerima yang dipilih. Tujuannya adalah untuk memudahkan orang ramai meneruskan amalan mulia meskipun tidak dapat berkumpul bersama para penerima sumbangan. 

Resit potongan cukai juga akan diberikan

Layari www.yayasanwp.org.my dan klik menu "Tabung Kebajikan & Pelajaran".

Kaedah bayaran :

  • Sila buat bayaran di CIMB Bank, No akaun: 8001103675 atas nama "YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN"

  • Catatkan kod "SUMBANGAN TABUNG YWP"

  • Untuk maklumat lanjut, sila hubungi no telefon pejabat 03-2698 3073 atau whatsapp 019-348 3073

FAQ TABUNG KEBAJIKAN DAN PELAJARAN YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

1. Apakah itu Tabung Kebajikan & Pelajaran Yayasan Wilayah Persekutuan?

  • Tabung Kebajikan dan Pelajaran Yayasan Wilayah Persekutuan (Tabung YWP) merupakan satu inisiatif bantuan kewangan yang disediakan oleh pihak Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) bagi mengurangkan kesan kemiskinan dan meningkatkan kelangsungan serta taraf hidup warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, yang dhaif dan memerlukan. 

  • Selain itu, Tabung YWP ini juga berperanan menampung kos program-program pembangunan jati diri, ilmiah dan kemahiran, bersama rakan strategik yang terpilih. Ini akan memastikan penerima manfaat dari Tabung YWP ini akan lebih bijak memastikan golongan sasar ini keluar dari kepompong kemiskinan bagi rakyat di Wilayah Persekutuan.

2. Sejak bila Tabung Kebajikan & Pelajaran Yayasan Wilayah Persekutuan diwujudkan?

  • YWP telah menubuhkan Tabung Kebajikan dan Pelajaran pada 1987 dengan kemudahan potongan cukai untuk memudahkan entiti korporat dan orang perseorangan untuk menyumbang ke dalam tabung berkenaan.

3. Mengapakah tabung ini sangat penting untuk diwujudkan?

  • Tabung ini dapat membuka lebih banyak peluang untuk orang ramai menyumbang sekali gus bersama-sama membela golongan berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan.

4. Bagaimana tabung ini dapat disalurkan kepada rakyat?

  • Penyaluran dana tabung berkenaan dapat disalurkan kepada golongan sasar melalui beberapa program yang bakal dijalankan dan skim dibawah YWP.

5. Adakah resit potongan cukai akan diberikan bagi setiap sumbangan?

  • Ya. Setiap sumbangan wang akan diberi resit pelepasan cukai di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

6. Apakah jenis bantuan yang diberikan melalui Tabung Kebajikan & Pelajaran Yayasan Wilayah Persekutuan ini?

  • Program Bantuan Pemakanan,  

  • Bantuan Kembali Ke Sekolah,  

  • Skim Biasiswa Sekolah Menengah,  

  • Bantuan Awal IPT,  

  • Biasiswa IPTA,  

  • Seminar Kecemerlangan UPSR dan SPM  

  • program-program di Pusat Pemerkasaan Pendidikan dan Komuniti (PREPKOM) 

  • bantuan khas bencana,  

  • sumbangan untuk program-program keagamaan seperti Ihya Ramadhan, Deepavali dan Tahun Baru Cina,  

  • Program Korban Perdana,  

  • Sumbangan untuk Haji dan Umrah,    

  • pemberian kit jenazah 

  • MyGrocer,  

  • Urban Agro,  

  • Program Belia Skill,  

  • e-rezeki,  

  • Usahawan Muda Kota,  

  • Gerai Mudah Alih, dan  

  • Program jualan rakyat yang bersubsidi. 

bottom of page