2,000 pegawai DBKL terlibat Ops Pantau

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memulakan Ops Pantau Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19 (PKPC-19) bermula 17 Mac lalu bagi membantu penguatkuasaan perintah tersebut di Kuala Lumpur.

Bahagian Komunikasi Korporat Kementerian Wilayah Persekutuan dalam kenyataannya berkata, operasi tersebut bertujuan melaksanakan pemantauan ke atas pematuhan PKP di sekitar ibu kota berasaskan perkara-perkara yang melibatkan kuasa Datuk Bandar KualaLumpur.

Kata kenyataan itu, operasi itu juga menyelaraskan tugas-tugas di bawah tanggungjawab Datuk Bandar Kuala Lumpur yang melibatkan keperluan mendesak dan kecemasan di Kuala Lumpur.

Ia juga menyelaraskan bantuan kepada agensi-agensi kerajaan yang lain apabila diperlukan, katanya.

Untuk itu, kata kenyataan itu, DBKL telah membuka dua buah Bilik Gerakan iaitu;

1. Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Jalan Tun Razak, KualaLumpur Talian Hotline: 03-4024 4424/ Talian Am: 03-4026 7222 Faks: 03-40218260/WhatsApp: 019-212 0031

2. Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Dewan PPR SeriAlam Jalan Lapangan Terbang Lama, Kuala Lumpur Talian Am: 03-922 6112/1312/3113

Kata kenyataan itu, bilik-bilik gerakan ini diketuai Pengarah Jabatan berkaitan dengan 2,000 anggota yang ditugaskan secara giliran.

“DBKL telah menerima sebanyak 904 panggilan telefon daripada orang awam bermula 18 sehingga 19 Mac lalu berkaitan pelbagai pertanyaan seperti penutupan premis perniagaan, penjajaan, bayaran cukai taksiran, isu-isu perumahan dan sebagainya.

“Namun tiada aduan berkaitan dengan penyakit Covid-19.

“DBKL telah mengeluarkan sebanyak 362 notis pemberitahuan dan dua teguran lisan kepada tapak binaan yang masih beroperasi.

“DBKL juga dalam rangka kerja membantu pihak Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kesihatan bagi menyalurkan hebahan maklumat melalui semua saluran e-bunting, LED dan paparan ITIS dari semasa ke SEMASA,” katanya. – WILAYAHKU

22 views
  • Wix Facebook page
  • Wix Twitter page
  • Instagram App Icon

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075 | Email: info@yayasanwp.org.my

www.yayasanwp.org.my