top of page
LOGO (EDIT II)-01.png
  • Facebook
  • Instagram
Copy of Untitled.jpg

Sukarelawan Wilayah Prihatin (PriVo)

00:00 / 04:06
Lagu Wilayah Prihatin

Sukarelawan Wilayah Prihatin atau PriVo (Prihatin Volunteer) adalah gabungan sukarelawan yang datang dari pelbagai latarbelakang dan bertindak sebagai pusat penyelaras kegiatan kesukarelawanan di Wilayah Persekutuan.

Kementerian Wilayah Persekutuan melancarkan PriVo bagi membantu warga Wilayah Persekutuan melalui kegiatan-kegiatan kesukarelawanan.

Tujuan penubuhan Sukarelawan Wilayah Prihatin atau PriVo (Prihatin Volunteer) adalah untuk membantu memastikan keberkesanan perlaksanaan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan untuk warga Wilayah, bagi membantu rakyat dan negara yang sangat terkesan.

PriVo diilhamkan oleh YB Tan Sri TPr. Annuar Haji Musa, Menteri Wilayah Persekutuan dan digerakkan secara bersama dengan semua agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan.

Pri
Vo akan berfungsi sebagai pusat koordinasi gerakan sukarelawan (Coordination Centre) yang

  • menyelaras kegiatan kesukarelawanan di Wilayah Persekutuan

  • menyelaras pengumpulan & pengagihan bantuan agar semua rakyat yang memerlukan tidak ketinggalan.


 

Pendaftaran adalah terbuka kepada semua warga Wilayah Persekutuan seperti kategori berikut:

 

  • Individu (berusia 18 tahun ke atas)

  • Kumpulan NGO

  • Kumpulan Organisasi Swasta

  • Kumpulan Organisasi GLC

  • Kumpulan Organisasi Agensi Kerajaan

  • Kumpulan Institusi Pendidikan

Di masa hadapan, PriVo akan menyediakan lebih banyak platform kegiatan kesukarelawanan yang sesuai dengan keperluan dan kehendak warga Wilayah Persekutuan.

SUKARELAWAN WILAYAH PRIHATIN/ PRIVO (PRIHATIN VOLUNTEER)

Warga Wilayah Persekutuan !!!

 

Anda berusia 18 tahun & ke atas? Kenapakah penting kita terlibat dengan gerakan PriVo?

 

Kementerian Wilayah Persekutuan melancarkan Sukarelawan Wilayah Prihatin atau dikenali sebagai PriVo bagi membantu warga Wilayah Persekutuan melalui kegiatan-kegiatan kesukarelawanan.

 

Sebagai permulaan, PriVo akan menyelaraskan kegiatan kesukarelawanan untuk memastikan keberkesanan perlaksanaan inisiatif memerangi pandemik COVID-19.

 

Berikut adalah peranan PriVo dalam membantu perlaksanaan inisiatif memerangi pandemik COVID-19:-

  • Inisiatif Vaksinasi

  • Inisiatif Ujian Saringan COVID-19

  • Inisiatif Sanitasi

  • Inisiatif Food Bank

Jom sertai PriVo !

Bersama kita memerangi

COVID-19 

 

Jom daftar sekarang melalui link

https://bit.ly/3pr77mA .

individu.jpeg
berkumpulan.jpeg

SOALAN LAZIM (FAQ) MENGENAI PENUBUHAN SUKARELAWAN
WILAYAH PERSEKUTUAN /
PRIVO 
(PRIHATIN VOLUNTEER) 

1) Apakah itu Sukarelawan Wilayah Prihatin (PriVo)?

  • Sukarelawan Wilayah Prihatin atau Prihatin Volunteer (PriVo) adalah gabungan sukarelawan yang datang daripada pelbagai latar belakang dan bertindak sebagai pusat penyelaras kegiatan sukarelawan di Wilayah Persekutuan. PriVo diilhamkan oleh YB Tan Sri TPr. Hj Annuar bin Musa, Menteri Wilayah Persekutuan.

2) Apakah tujuan penubuhan Sukarelawan Wilayah Prihatin (PriVo)?

  • Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) mewujudkan PriVo bertujuan untuk membantu memastikan keberkesanan program-program dan inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan agensi untuk warga Wilayah Persekutuan melalui kegiatan-kegiatan sukarelawan. Pada masa ini, PriVo menumpukan usaha-usaha untuk membantu warga Wilayah Persekutuan yang terkesan akibat Covid-19.

3) Apakah fungsi PriVo?

PriVo akan berfungsi sebagai pusat kordinasi gerakan sukarelawan (Coordination Centre) yang

  • menyelaras kegiatan sukarelawan di Wilayah Persekutuan;

  • menyelaras pengumpulan dan pengagihan bantuan (Food Bank);

  • menyelaras tugas-tugas bukan perubatan program suntikan vaksinasi

 

 Covid-19, dan program saringan Covid-19 RTK-Ag;

  • menyelaras pengurusan sanitasi awam;

  • menyelaras pengurusan gelandangan; dan

  • lain-lain program yang akan dilancarkan.

 

Melalui PriVo, ia dapat membantu menyelesaikan masalah pertindihan kerja, ketirisan dan kerugian sumber serta kekurangan tenaga kerja selain membantu memastikan pengurusan program berjalan lancar.

4) Siapakah yang mengendalikan pentadbiran PriVo?

  • Pentadbiran PriVo dikendalikan oleh Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dan wakil Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO’s). Ia digerakkan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), RELA, PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta agensi-agensi lain di bawah KWP.

5) Siapakan yang layak mendaftar sebagai Sukarelawan PriVo?

Pendaftaran terbuka kepada semua warga Wilayah Persekutuan seperti kategori berikut:

  • Individu berusia 18 tahun ke atas

  • Badan-badan bukan Kerajaan (NGO’s)

  • Syarikat Swasta

  • Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)

  • Agensi Kerajaan

  • Institusi Pendidikan

6) Apakah kelebihan yang diperolehi dengan menyertai Sukarelawan PriVo ini?

Dengan menyertai PriVo, antara kelebihan yang diperoleh adalah:

  • Ujian saringan Covid-19 secara percuma;

  • Suntikan Covid-19 percuma (tertakluk kepada terma dan syarat);

  • Latihan kemahiran percuma;

  • Perlindungan insuran bagi aktiviti-aktiviti yang memerlukan perlindungan diri;

  • Makanan dan minuman disediakan sewaktu bertugas.

7) Apakah bidang kesukarelawanan yang boleh disertai?

  • Terdapat bidang-bidang kesukarelawanan yang boleh disertai oleh warga Wilayah Persekutuan iaitu kesihatan, pendidikan, sukan, kebajikan masyarakat, perumahan rakyat, kemiskinan bandar, kerjaya, alam sekitar dan kesenian.

8) Adakah saya boleh memilih bidang sukarelawan ini?

  • Ya, boleh. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai PriVo boleh memilih bidang kesukarelawanan mengikut minat masing-masing dan aktiviti sukarelawan yang ingin dibuat.

9) Bagaimanakah pendaftaran boleh dibuat?

  • Pendaftaran PriVo boleh dibuat  secara atas talian di pautan https://bit.ly/3pr77mA dan imbasan QR Code yang disediakan oleh YWP.

10) Apakah tugas-tugas PriVo pada masa ini?

  • Pada masa ini, PriVo ditugaskan untuk menyelaras kegiatan sukarelawan bagi program saringan Covid-19 dan suntikan vaksinasi Covid-19 di PPR/PA DBKL dengan menguruskan perkara yang tidak berkaitan perubatan agar proses saringan dan suntikan berjalan lancar. Dengan bantuan sukarelawan PriVo, membolehkan petugas barisan hadapan seperti doktor dan jururawat memberi tumpuan kepada aspek perubatan.

11) Adakah sebarang taklimat dan kit sukarelawan diberikan?

  • Ya. Sukarelawan PriVo juga diberikan latihan dan taklimat oleh Pegawai Kesihatan yang bertauliah. Mereka turut diberikan kit sukarelawan dan bertugas mengikut jadual dan lokasi secara bergilir-gilir. PriVo menyasarkan untuk menyediakan lebih banyak platform kegiatan sukarelawan yang bersesuaian dengan keperluan warga Wilayah Persekutuan pada masa hadapan.

12) Bagaimanakah PriVo dapat membantu pengurusan kerja?

  • Melalui PriVo, ia dapat membantu menyelesaikan masalah pertindihan kerja, ketirisan dan kerugian sumber serta kekurangan tenaga kerja selain membantu memastikan pengurusan program berjalan lancar.

13) Apakah aktiviti pada masa ini yang boleh disertai oleh PriVo?

Aktiviti pada masa ini yang boleh disertai PriVo adalah:

  • Membantu dalam program Ujian Saringan Covid-19 RTK-Ag di Kuala Lumpur (bermula 5 Jun 2021);

  • Membantu dalam program  Suntikan Vaksin Percuma menerusi Trak Vaksin Bergerak MYMedic@Wilayah (bermula 7 Jun 2021);

  • Membantu dalam program Sanitasi sekitar Wilayah Persekutuan;

  • Membantu dalam program berkaitan hal ehwal gelandangan termasuk saringan dan suntikan vaksin Covid-19; dan

  • Membantu dalam program pengumpulan dan agihan makanan asas

14) Bagaimanakah saya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai PriVo?

Untuk maklumat lanjut mengenai PriVo, anda boleh melayari:

Bagi yang ingin mengikuti PriVo di laman sosial

  • Facebook     : Sukarelawan Wilayah Prihatin (@PRIVOWP)

  • Instagram     : @PRIVOWP

  • Twitter          : @PRIVOWP

  • Tiktok           : @PRIVOWP

  • Youtube       : @PRIVOWP

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

10 JUN 2021

bottom of page