top of page
Logo Rumah Prihatin _ Grand Season FINAL 2-01.png
  • Facebook
  • Instagram

RUMAH PRIHATIN@GRANDSEASONS

00:00 / 04:06
Lagu Wilayah Prihatin

GALERI RUMAH PRIHATIN

Hotline @ Rumah Prihatin powered by :

wevo-logo-retina-1.png
ANBIZ.png
images.png
Official_Eunoia_CX_Logo_Design.jpg
logo-toshi_slogan.png
call-center-icon-png-13.jpg

HOTLINE RUMAH PRIHATIN

VAKSINASI PRIHATIN

+60 11-7074 2318

DAPUR PRIHATIN

+60 11-7074 2927

KESIHATAN MENTAL
PRIHATIN

+60 11-7073 8412

PUSAT GERAKAN
JEJAK PRIHATIN / FOOD BANK

+60 11-7073 8633

BILIK PENGINAPAN
PRIHATIN

+60 11-7073 6458

Hotline @ Rumah Prihatin powered by :

wevo-logo-retina-1.png
ANBIZ.png
images.png
Official_Eunoia_CX_Logo_Design.jpg
logo-toshi_slogan.png

SOALAN LAZIM (FAQ) MENGENAI PENUBUHAN RUMAHPRIHATIN@GRANDSEASONS

Jejak Prihatin diilhamkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan pentadbirannya oleh Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

 

  1. Kementerian Wilayah Persekutuan

  2. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

  3. Perbadanan Putrajaya

  4. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 

  5. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

  6. Jabatan Agama Islam Wilayah

  7. Jabatan Kebajikan Masyarakat

  8. Yayasan Persahabatan Malaysia (PERMAI)

  9. Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK)

  10. Sukarelawan Wilayah Prihatin (PriVo)

  11. Majlis Perwakilan Penduduk (MPP WP)

  12. Pertubuhan Muafakat Nasional (MN)

1) Apakah itu RumahPrihatin@GrandSeasons?
 

Program RumahPrihatin@GrandSeasons merupakan satu inisiatif yang berkonsepkan hotel kebajikan untuk rakyat terkesan akibat covid-19 khususnya kepada warga wilayah persekutuan seperti golongan miskin bandar dan yang menghadapi tekanan kesihatan mental.

2) Apakah tujuan penubuhan RumahPrihatin@GrandSeasons?

Program RumahPrihatin@GrandSeasons ini adalah salah satu platform kepada kementerian dan agensi untuk menghimpunkan, mengkoordinasi dan merawat para individu yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dilaksanakan secara bersama dengan sokongan para sukarelawan, persatuan atau korporat.​

Rumah Prihatin ini juga boleh menjadi sebuah pusat bagi pihak yang berkepentingan khususnya dalam usaha untuk membantu membaik pulih kesihatan mental para individu yang tertekan. Hal ini selaras dengan halatuju kementerian dan agensi agar rakyat dapat menggerakkan usaha ke arah yang sama, bagi membaikpulih keadaan darurat kesihatan, ekonomi, mental dan fizikal rakyat yang begitu terkesan akibat pandemik COVID-19.

3) Apakah fungsi RumahPrihatin@GrandSeasons?
 

Fungsi dan kepentingan penubuhan pusat Rumah Prihatin di Hotel Grand Seasons, di hadapan Hospital Besar Kuala Lumpur, Jalan Pahang  ini adalah seperti berikut: 

  • Pusat untuk menangani masalah / aduan yang disampaikan oleh rakyat melalui program “Jejak Prihatin”. 

  • One stop centre kepada sumber tenaga belia dan sukarelawan, menyelaras kegiatan kesukarelawanan; 

  • Pusat untuk menyelaras pengumpulan dan pengagihan bantuan (Food Bank); 

  • Pusat untuk menyelaras tugas-tugas perubatan program suntikan vaksinasi COVID-19, dan program saringan COVID-19 RTK-Ag; 

  • Pusat untuk menyelaras pengurusan sanitasi awam; 

  • Pusat untuk menyelaras pengurusan gelandangan; dan  

  • Pusat untuk lain-lain program yang akan dilancarkan dari semasa ke semasa.

4) Apakah perkhidmatan RumahPrihatin@GrandSeasons?

LIMA (5) komponen utama perkhidmatan “WE CARE” yang ditawarkan buat permulaan ini adalah:-

  • “Dapur Prihatin” (DP) - Dapur berpusat untuk menyediakan makanan percuma, 1,000 pek sehari kepada golongan gelandangan, fakir miskin, petugas barisan hadapan, musafir dan golongan yang tidak berkemampuan.

  • “Bilik Penginapan Prihatin” (BPP) – 300 bilik penginapan hotel untuk manfaat golongan musafir, pelajar, individu-individu yang memerlukan penginapan sementara dan hanya membayar berdasarkan konsep BSM (Bayar Minimum Sekadar Mampu). 

  • “Klinik Kesihatan Mental Prihatin” (KKMP) – Khidmat klinik penjagaan kesihatan mental dan kaunseling yang dilaksanakan secara perseorangan dan kerahsiaan peribadi. Individu yang menerima perkhidmatan ini juga dijamin kerahsiaannya. Ia adalah perkhidmatan khas untuk mereka yang mengalami tekanan hidup akibat Covid 19. Kaunseling yang disediakan adalah oleh kaunselor berdaftar. Selain itu perkhidmatan kaunseling bagi menguruskan beban kewangan turut disediakan. 

  • “Khidmat Vaksinasi Prihatin” (KVP) – perkhidmatan vaksinasi yang dijalankan untuk peniaga, penjaja, golongan yang kurang upaya, gelandangan dan mereka yang memerlukan bantuan khas. Pusat ini mampu menempatkan lebih 800 orang pada satu-satu masa dengan penjarakan sosial. Buat masa ini perkhidmatan vaksinasi secara mobil dilaksanakan melalui program MyMedic@Wilayah yang membenarkan pemberian 600 dos vaksin setiap hari.

  • “Pusat Gerakan Jejak Prihatin” (PGJP) - Sukarelawan Wilayah Prihatin (PriVo), Majlis Perwakilan Penduduk, AJK Surau Masjid, Persatuan Penduduk dan NGO-NGO akan dikoordinasikan untuk turun padang, menjejak dan menyantuni rakyat di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dan mengumpul maklumat aduan/ bantuan yang diperlukan samada berbentuk fizikal, mental mahupun kerohanian. 

5) Bagaimanakah saya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai RumahPrihatin@GrandSeasons?

Sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut boleh menghubungi:

Hubungi helpline di talian

+60 11-1107 898
+60 19-3483 073

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

6 JULAI 2021

BILIK PENGINAPAN
PRIHATIN

KHIDMAT KESIHATAN
MENTAL PRIHATIN

DAPUR
PRIHATIN

Logo Rumah Prihatin _ Grand Season FINAL 2-01.png

KHIDMAT
VAKSINASI
PRIHATIN

FOOD
BANK

PUSAT GERAKAN
JEJAK PRIHATIN

bottom of page