YWP - AKPK kerjasama didik pembeli rumah PPR MTEN & PA DBKL

February 18, 2015

YWP kerjasama dengan AKPK didik pembeli rumah PPR MTEN & PA DBKL bayar hutang

Sumber : Astro Awani

KUALA LUMPUR : Penyewa kediaman PPR-MTEN dan perumahan awam DBKL di Wilayah Persekutuan yang gagal menunaikan kontrak pinjaman rumah mereka akan diberikan peluang kedua.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, YWP, Datuk Roslan Hassan, kelonggaran ini diberi untuk membantu mereka yang berdepan kesulitan kewangan.

Walaupun ingkar, penyewa diberi ruang untuk berbincang dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit, AKPK dan YWP untuk menstruktur semula pinjaman mereka.

"Dalam perjanjian dengan pembeli, mereka yang gagal menjelaskan hutang sehingga 6 bulan rumah mereka boleh ditarik balik. Namun diatas keprihatinan kerajaan, kita akan membantu menstrukturkan kewangan mereka," kata Roslan.

Beliau berkata melalui Skim Pembiayaan Khas yang diuruskan Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan SPWP, rumah penyewa yang gagal menjelaskan ansuran sewa beli tidak akan disita sekiranya mendapatkan kaunseling kewangan daripada AKPK.

Sehingga 31 Disember tahun lalu, 3 ribu peminjam menyertai Skim Pembiayaan Khas bagi memiliki kediaman PPR-MTEN dan perumahan awam DBKL. Setakat ini, 60 penyewa gagal melangsaikan hutang rumah mereka.

Difahamkan, khidmat nasihat AKPK dijangka akan mengurangkan jumlah pinjaman tidak berbayar sebanyak 30 peratus.
 
Terdahulu, AKPK dan YPW memeterai memorandum persefahaman, MoU di mana AKPK bertindak menyediakan perkhidmatan pendidikan kewangan kepada ahli Skim Pembiayaan Khas PPR-MTEN dan perumahan awam DBKL.



Sumber : Astro Awani

Please reload

Featured Posts

YWP guna sistem agihan kupon mulai tahun depan

January 22, 2019

1/9
Please reload

Recent Posts
Search By Tags
Please reload

Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
Please reload