top of page

E-Rezeki menjana pendapatan warga kota Wilayah Persekutuan


KUALA LUMUR - 14 Mei 2015. Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) diberi kepercayaan sebagai rakan strategik di zon tengah Malaysia oleh Multimedia Development Corporation (MDeC) dalam menjalankan Program E-Rezeki yang merupakan peluang keemasan kepada warga kota khususnya di semenanjung Malaysia. YB. Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek sendiri menjadi saksi penyampaian sijil lantikan rakan stategik yang di adakan di Hotel Pullman, Bangsar. Program ini dilihat mempu meringankan beban warga kota selain dapat menjadi pendapatan tambahan kepada mereka dalam menjalani kehidupan di bandar yang semakin sibuk dan tinggi kos sara hidupnya. YWP serta pihak yang terlibat telahpun mengenal pasti beberapa lokasi yang stategik untuk membuka pusat latihan dan pusat komuniti bagi merealisasikan projek ini. E-Rezeki yang akan dilancarkan oleh YAB. Perdana Menteri Malaysia ini nanti bakal mnejadi hub sumber pendapatan komuniti di Wilayah Persekutuan secara atas talian.

Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
bottom of page