• Wix Facebook page
  • Wix Twitter page
  • Instagram App Icon

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075 | Email: info@yayasanwp.org.my

www.yayasanwp.org.my

Yayasan Wilayah Persekutuan agih 
RM130,000 jayakan program Nur Ramadan

July 7, 2015

TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR menyampaikan sumbangan duit raya kepada sebahagian penerima dalam Majlis Nur Ramadan Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya di Surau Ar-Rahman Presint 1, Putrajaya, semalam. UTUSAN/Zaki Amiruddin

 

 

PUTRAJAYA 6 Julai – Yayasan Wilayah Persekutuan memperuntukkan RM130,000 kepada 13 kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan bagi menjayakan Program Nur Ramadan sepanjang bulan ini.

 

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, selain itu, Pejabat Ahli Parlimen Putrajaya telah menyumbang sebanyak RM2,000 kepada 52 surau dan masjid dalam Putrajaya serta bekalan keperluan lain berjumlah RM5,000 sempena bulan Ramadan.

 

“Di samping itu, tradisi berbuka puasa bersama rakyat yang diperkenalkan­ sejak saya menjadi Ahli Parlimen Putrajaya tetap diteruskan dengan menyediakan makanan percuma kepada 500 orang di Medan Selera Presint 8 pada setiap hari bermula 1 sehingga 24 Ramadan.

 

“Sumbangan-sumbangan tersebut merupakan tanda kesyukuran dan menghargai jasa warga Putrajaya dalam bersama-sama memakmurkan kawasan parlimen ini,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Program Nur Ramadan Kementerian Wilayah Persekutuan Peringkat Parlimen Putrajaya di Surau ar-Rahman, Presint 16 di sini.

 

Yang hadir sama, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Adnan Md. Ikshan dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat.

 

Dalam majlis itu, Tengku Adnan selaku Ahli Parlimen Putrajaya menyampaikan sumbangan wang tunai RM150 daripada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada 800 penerima yang terdiri dalam kalangan anak-anak yatim, warga emas, ibu tunggal dan golongan kurang kemampuan dalam Putrajaya.

 

Selain itu, Tengku Adnan menyerahkan sumbangan wang tunai RM10,000 dari Yayasan Wilayah Persekutuan kepada Surau al-Rahman.

 

Tengku Adnan memberitahu, program Nur Ramadan yang telah dilaksanakan sejak 2009 dengan melibatkan kerjasama pusat-pusat khidmat masyarakat itu merupakan acara rasmi kementerian dan PPj untuk mengeratkan silaturahim bersama warga kota dalam parlimen Putrajaya.

Katanya, objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memperkukuh hubungan interaksi antara pihak kerajaan dengan warga Putrajaya dalam menerapkan nilai kasih sayang khususnya kepada golongan kurang kemampuan.

 

Sumber - Utusan Malaysia Online

 

Please reload

Featured Posts

YWP guna sistem agihan kupon mulai tahun depan

January 22, 2019

1/9
Please reload

Recent Posts
Search By Tags
Please reload

Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
Please reload