top of page

YWP bantu pesakit kronik di Bandar Tun Razak


Yayasan Wilayah Persekutuan hari ini tampil membantu menghulurkan sumbangan khas kepada dua orang yang menghidap penyakit kronik di kawasan Bandar Tun Razak.

Penyerahan tesebut disampaikan oleh wakil Yayasan Wilayah Persekutuan, En. Firdaus Kamal, Ketua Unit Pendidikan dan Kebajikan di rumah En. Tan Kok Hwa yang terletak di Perumahan Awam Lorong Ikan Emas. Manakala sumbangan seterusnya diserahkan kepada seorang warga emas iaitu En. Wong Kim Seng berumur 61 tahun.

Penyerahan bantuan disampaikan bersama-sama dengan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Bandar Tun Razak di wakili oleh Y. Bhg Datuk Chew Yin Keen.

Orang ramai yang berhasrat untuk membantu meringankan beban kedua-dua penerima itu boleh menghubungi kami di talian 0326983073 untuk maklumat lanjut.

Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
bottom of page