top of page

Seminar SPM bantu calon 2017 jawab soalan dengan teknik berkesan

PUTRAJAYA, 27 Julai 2017 - Yayasan Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Seminar SPM 2017 di Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 17 - 20 Ogos 2017 bertempat di Masjid Putra, Putrajaya. Program yang diadakan adalah bertujuan untuk memberi bimbingan dan teknik menjawab soalan kepada calon-calon SPM tahun ini yang bakal menduduki peperiksaan itu tidak lama lagi. Seramai 700 orang pelajar yang bertuah daripada sekolah-sekolah seluruh Putrajaya bagi mengikuti seminar ini. Para peserta dibimbing oleh pakar-pakar matapelajaran yang terpilih hasil kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Putrajaya merupakan Wilayah Persekutuan yang mendapat keputusan terbaik SPM seluruh Malaysia pada tahun 2016 dan berhasrat untuk mengekalkan kecemerlagan tersebut pada tahun ini.

Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
bottom of page