• Wix Facebook page
  • Wix Twitter page
  • Instagram App Icon

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075 | Email: info@yayasanwp.org.my

www.yayasanwp.org.my

MAJLIS PENYERAHAN “BIASISWA SEKOLAH MENENGAH 2019” OLEH YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

August 28, 2019

 

KUALA LUMPUR 01 OGOS 2019 – Seramai 667 orang pelajar terpilih dari seluruh sekolah menengah Wilayah Persekutuan akan mendapat manfaat dari bantuan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) yang diberikan pada hari ini.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Tuan Zaizalnizam bin Zainun telah membuat penyerahan bantuan biasiswa tersebut dalam satu majlis yang dihadiri oleh lebih 200 orang termasuk pelajar dan ibu bapa.

 

Biasiswa tersebut diberikan kepada pelajar-pelajar dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 dan mereka ini yang telah dipilih oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Nilai BSM yang ditaja oleh Yayasan Wilayah Persekutuan ini berjumlah RM946,360 dengan pecahan seperti berikut:

 

  1. 393 pelajar yang berpotensi cemerlang, berjaya mendapat Skim Biasiswa Kecil bernilai antara RM960 – RM1,440; manakala

  2. 274 pelajar cemerlang berjaya mendapat Skim Anak Angkat Pelajar Cemerlang bernilai antara RM1,500-RM2,000

 

Menurut Zaizalnizam, “Kita amat mengharapkan agar bantuan biasiswa yang diberikan ini mampu memberikan semangat juang yang lebih kepada para pelajar cemerlang ini yang merupakan permata negara yang perlu kita gilap. Selain itu, biasiswa ini dapat meringankan beban perbelanjaan ibubapa dan seterusnya dapat membakar semangat anak-anak mereka agar lebih cemerlang”.

 

YWP merupakan syarikat amanah yang ditubuhkan pada tahun 1986, bertujuan membantu menaiktaraf hidup golongan yang berpendapatan rendah dan memerlukan di Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Labuan. Perkhidmatan dan gerakerja YWP adalah tertumpu kepada 5 kluster utama iaitu Pendidikan, Ekonomi, Sosial, Agama dan Teknologi (P.E.S.A.T).

 

Dikeluarkan oleh: Bahagian Komunikasi Korporat dan Pengurusan Maklumat YWP

Please reload

Featured Posts

YWP guna sistem agihan kupon mulai tahun depan

January 22, 2019

1/9
Please reload

Recent Posts
Search By Tags
Please reload

Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
Please reload