• Wix Facebook page
  • Wix Twitter page
  • Instagram App Icon

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075 | Email: info@yayasanwp.org.my

www.yayasanwp.org.my

MAJLIS PENYERAHAN CEK SKIM BANTUAN AWAL KE IPT, SKIM PRIHATIN & SKIM BANTUAN KHAS YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

 

KUALA LUMPUR – Lebih 56 pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dari kalangan warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan lebih bersemangat untuk memulakan pengajian mereka.

Skim Bantuan Awal Ke IPT oleh Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) diberikan secara one-off kepada anak-anak Wilayah Persekutuan daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan, serta berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di dalam atau luar negara.

Antara syarat dan kriterianya ialah, pemohon mestilah lahir di Wilayah Persekutuan, ibu/ bapa/ penjaga merupakan pengundi Wilayah Persekutuan dan menetap di Wilayah Persekutuan serta mempunyai pendapatan perkapita RM1,000 ke bawah. Kiraan pendapatan perkapita ini ialah gabungan pendapatan seisi rumah, dibahagikan dengan bilangan tanggungan seisi rumah.

Antara penerima pada hari ini ialah 14 pelajar Diploma,38 pelajar Ijazah Sarjana Muda, 1 pelajar Ijazah Sarjana dan 3 pelajar Ijazah Doktor Falsafah. Kesemua 56 penerima adalah pelajar di IPT tempatan.

 

Cek bantuan disampaikan oleh En Zaizalnizam bin Zainun, Ketua Pegawai Eksekutif YWP dan menurut beliau, YWP telah menyediakan peruntukan sebanyak RM7.6 juta bagi tujuan pelbagai skim dan program pembangunan pendidikan seperti Seminar Kecemerlangan UPSR dan SPM, Seminar Kecemerlangan Guru-Guru, Program Back to School, Program Bersama Pelajar-Pelajar Tajaan, Skim Biasiswa Pengajian Tinggi, Bantuan Pemakanan Sekolah Menengah dan sebagainya.“Saya berharap tuan-tuan manfaatkanlah bantuan yang ada demi kemajuan pendidikan anak-anak kita. Tuan-tuan boleh rujuk laman sesawang Yayasan Wilayah Persekutuan iaitu www.yayasanwp.org.my untuk senarai skim bantuan yang ditawarkan”, ujar beliau.Di majlis yang sama,YWP menyerahkan bantuan kepada 3 waris ahli Skim Prihatin yang merupakan Skim Khairat kematian dan beberapa bantuan khas kepada yang memerlukan.

Skim Bantuan Awal Ke IPT dan Skim Prihatin Yayasan Wilayah Persekutuan merupakan antara beberapa program atau inisiatif yang diwujudkan oleh YWP bagi membantu meringankan beban rakyat terutama golongan B40 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

 

 

Dikeluarkan oleh: Bahagian Komunikasi Korporat

 

 

Please reload

Featured Posts

YWP guna sistem agihan kupon mulai tahun depan

January 22, 2019

1/9
Please reload

Recent Posts
Search By Tags
Please reload

Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
Please reload