MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN UNTUK PUSAT TRANSIT GELANDANGAN KUALA LUMPUR


KUALA LUMPUR 23 SEPTEMBER 2019 – Lebih 200 orang penghuni Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur (PTG KL) menarik nafas lega apabila mendapat bantuan kewangan dari Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).


YB Tuan Haji Khalid Abd Samad, Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Pengerusi YWP telah menyempurnakan majlis serahan bantuan kepada PTG KL melalui Yayasan Kebajikan Negara (YKN), yang merupakan pentadbir pusat tersebut.


Menurut beliau, “Majlis serahan bantuan seperti ini menjadi bukti bahawa kerajaan melalui pelbagai agensi sentiasa berusaha untuk memastikan kebajikan rakyat terbela khususnya mereka yang amat memerlukan bantuan untuk kelangsungan hidup. Teladan dari majlis ini juga akan dapat memperkukuhkan lagi budaya berkongsi kekayaan dalam kalangan rakyat, dan memupuk sifat mengambil berat dan membantu mereka yang memerlukan, tanpa mengira kaum, bangsa, agama serta latar belakang”.


Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur ini merupakan sebuah pusat khidmat bantuan sosial yang membantu golongan yang susah, yang mengembara dari tempat ke tempat tanpa rumah atau tanpa pekerjaan atau pendapatan tetap. Dan penekanan dalam aspek kaunseling, bimbingan dan motivasi dilaksanakan kepada penghuni pusat ini bagi meningkatkan daya tahan dan daya juang agar dapat memangkin perubahan sikap dan tingkah laku yang positif. Pusat ini juga banyak memberi kemudahan seperti ruang penginapan yang mampu menampung 200 orang lelaki termasuk, dobi, bilik kaunseling, bilik kesihatan, bilik OKU, dan lokar simpanan barang. Malah pusat ini juga memberi peluang setiap penghuni menginap di sini sehingga tiga bulan, agar mereka mempunyai masa yang cukup untuk berdikari


Menurut En Zaizalnizam bin Zainun, Ketua Pegawai Eksekutif yayasan Wilayah Persekutuan, sumber sumbangan bernilai RM150,000.00 yang diberikan adalah dari pendapatan pengurusan tapak-tapak paparan iklan yang melibatkan kerjasama YWP dengan Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan syarikat-syarikat operator iklan. Tiga (3) unit paparan iklan jenis LED telah diluluskan pengurusannya kepada YWP dan sumber dari pendapatan inilah yang diberikan semula untuk operasi Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur, melalui YKN yang mana Pengerusinya adalah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


YWP merupakan organisasi yang ditubuhkan pada tahun 1986, bertujuan membantu menaiktaraf hidup golongan yang berpendapatan rendah dan memerlukan di Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Labuan. Perkhidmatan dan gerakerja YWP adalah tertumpu kepada 5 kluster utama iaitu Pendidikan, Ekonomi, Sosial, Agama dan Teknologi (P.E.S.A.T).



Dikeluarkan oleh: Bahagian Komunikasi Korporat dan Pengurusan Maklumat YWP.

Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075 | WhatsApp : +6019-3483073

Email: info@yayasanwp.org.my

www.yayasanwp.org.my