ADUAN IKLAN SUGARBOOK DI BANGSAR DAN BUKIT KIARA


KUALA LUMPUR 18 Disember 2019 – Pada 17 Disember 2019, jam 8.15 malam, pihak YWP telah menerima aduan berkaitan pemasangan visual Sugarbook pada 2 unit struktur iklan luar di bawah pengurusan YWP di Mont Kiara dan Bangsar, Kuala Lumpur.

Pihak YWP telah mengambil tindakan segera dengan menghubungi syarikat operator yang berkenaan dan mengarahkan agar pemaparan visual tersebut dihentikan dan diturunkan dengan segera.

Pada jam 9.45 malam, berdasarkan pemeriksaan oleh YWP di lokasi-lokasi yang berkenaan, mendapati paparan visual tersebut telah dihentikan dan diturunkan sebagaimana arahan yang dikeluarkan.

YWP juga telah mengambil tindakan memanggil syarikat operator tersebut dan memberikan notis amaran serta surat tunjuk sebab kepada pihak syarikat pada 18 Disember 2019.

Dikeluarkan oleh:

Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif YWP

Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075 | WhatsApp : +6019-3483073

Email: info@yayasanwp.org.my

www.yayasanwp.org.my