KUNJUNGAN HORMAT YAYASAN PELAJAR JOHOR (YPJ) KE YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN (YWP)




KUALA LUMPUR 20 JULAI 2020 – Hari ini Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) berbesar hati menerima kunjungan dari Yayasan Pelajaran Johor (YPJ). Rombongan dari YPJ tersebut diketuai oleh Tuan Haji Mahadon Bin Marnin, Pengurus Besar YPJ dan turut disertai oleh 11 orang kakitangan lain. Manakala di pihak YWP, perjumpaan diketuai oleh Tuan Zaizalnizam Zainun, Ketua Pegawai Eksekutif YWP dan 6 pegawai lain.


Kunjungan tersebut yang bertujuan untuk merapatkan hubungan antara organisasi dan mempelajari “best practices” antara kedua-dua yayasan negeri khususnya dalam bidang pembangunan pendidikan, komuniti serta pengurusan organisasi.


Pelbagai maklumat operasi, urustadbir korporat, pendidikan, kebajikan dan perniagaan turut dibincangkan demi membantu warga yang memerlukan di wilayah masing-masing. Program diakhiri dengan pertukaran cenderahati oleh kedua-dua ketua organisasi.


Perbincangan dua hala ini diyakini telah membuka pelbagai dimensi untuk kerjasama mendatang dalam bidang pengurusan pelaburan dan aktiviti perniagaan yang boleh dilaksanakan oleh YPJ dan YWP.


YPJ, yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor merupakan agensi yang ditubuhkan pada tahun 1982, di bawah Kerajaan Negeri Johor melalui Enakmen No 8 Tahun 1982, bagi menguruskan keperluan pembiayaan pinjaman / biasiswa bagi penuntut-penuntut negeri Johor yang berkelayakan melanjutkan pendidikan mereka di Institusi-institusi Pendidikan Tinggi di dalam dan di luar negeri.


Manakala YWP, yang dipengerusikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan merupakan syarikat amanah yang ditubuhkan pada tahun 1986, melalui Akta Syarikat 1965, bertujuan membantu menaiktaraf hidup golongan yang berpendapatan rendah dan memerlukan di Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Labuan. Perkhidmatan dan gerakerja YWP adalah tertumpu kepada 5 kluster utama iaitu Pendidikan, Ekonomi, Sosial, Agama dan Teknologi (P.E.S.A.T).

Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075 | WhatsApp : +6019-3483073

Email: info@yayasanwp.org.my

www.yayasanwp.org.my