top of page

SIARAN MEDIA MAJLIS PENYAMPAIAN CEK SKIM BANTUAN AWAL KE IPT, SURAT TAWARAN SKIM MIKROKREDIT & BANTU


1. KUALA LUMPUR – Seramai 27 orang pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dari kalangan penduduk Parlimen Bandar Tun Razak lebih bersemangat untuk memulakan pengajian mereka sempena tahun baru kali ini.


2. Ini adalah kerana mereka menerima bantuan kewangan melalui Skim Bantuan Awal Ke IPT oleh Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) yang diberikan secara one-off kepada anak-anak Wilayah Persekutuan daripada keluarga berpendapatan rendah, memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan serta berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di dalam atau luar negara.


3. Antara syarat dan kriterianya ialah pemohon mestilah lahir di Wilayah Persekutuan, ibu/ bapa/ penjaga merupakan pengundi Wilayah Persekutuan dan menetap di Wilayah Persekutuan serta mempunyai pendapatan perkapita RM1,000 dan ke bawah. Kiraan pendapatan perkapita ini ialah gabungan pendapatan seisi rumah, dibahagikan dengan bilangan tanggungan seisi rumah.


4. Antara penerima pada hari ini ialah pelajar 7 Diploma dan 20 pelajar Ijazah Sarjana Muda.


5. Pemberian surat tawaran skim mikro kredit YWP kepada 9 orang peniaga dan penjaja berlesen yang layak, turut disampaikan. Surat tersebut melayakkan mereka membuat pinjaman modal perniagaan maksimum RM5,000 dan caj pentadbiran sebanyak 2% selain simpanan 3%.


6. Terdapat juga seorang penerima bantuan khas berupa wang tunai RM500. Penerima merupakan ketua keluarga yang menanggung seorang anak OKU pembelajaran yang kematian ibubapa semenjak kecil.


7. Penyerahan bantuan pendidikan, ekonomi dan sosial ini telah disampaikan oleh YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail, isteri Perdana Menteri Malaysia merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. Beliau diiringi oleh YBhg. Datuk Zaizalnizam Bin Zainun, Ketua Pegawai Eksekutif YWP. Menurut YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah, beliau amat terharu dengan usaha YWP selama 37 tahun ini yang istiqamah membantu meringankan beban warga Wilayah Persekutuan khususnya rakyat di Parlimen Bandar Tun Razak.


8. “Diharap para penerima memanfaatkan dengan baik bantuan yang ada demi masa depan mereka. Orang ramai dialu-alukan merujuk laman sesawang Yayasan Wilayah Persekutuan iaitu www.yayasanwp.org.my untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan skim ini atau skim bantuan lain yang ditawarkan”, ujar Datuk Zaizalnizam Zainun, Ketua Pegawai Eksekutif YWP.


9. YWP sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan yang dipengerusikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan turut sangat mengalu-alukan kerjasama strategik dan sumbangan dari agensi luar, syarikat korporat atau individu untuk pembangunan Pendidikan, Ekonomi, Sosial, Agama dan Teknologi di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, demi membantu meringankan beban rakyat terutama golongan B40 dan Miskin Bandar.

留言


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
bottom of page