top of page

EKONOMI

 

Yayasan Wilayah Persekutuan komited dalam memberi bantuan untuk meningkatkan taraf ekonomi warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Kini YWP menyediakan pelbagai program keusahawanan untuk membuka ruang dan peluang dalam meningkatkan pendapatan isi rumah dan sekaligus mampu memberi dan menikmati kehidupan yang lebih baik.

Usahawan Anak Muda Kota

•Penyediaan lokasi perniagaan dan bantuan gerai mudah alih kepada warga kota. Program dilaksanakan secara kolaborasi dengan agensi-agensi di WP seperti KWP, DBKL

USAHAWAN ANAK MUDA KOTA

Skim Mikro Kredit Wilayah Persekutuan

•Pemberian pinjaman modal perniagaan khusus kepada peniaga dan penjaja berlesen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Kadar pinjaman sehingga RM5,000 dan tidak dikenakan sebarang faedah.

SKIM MIKRO KREDIT WP

MYGrocer@Wilayah

•Program jualan murah barangan keperluan asas kepada penduduk di PPR/PA DBKL di Kuala Lumpur, YWP dengan Kerjasama KWP menyediakan peruntukan subsidi bagi barangan asas dan dijual terus di PPR/PA DBKL.

•Pelaksanaan di 39 lokasi (13 Parlimen WP).

•Setiap Parlimen ada 18 kali program Jualan Keluarga Malaysia

MYGROCER@WILAYAH
bottom of page