top of page

Skim Usahawan Mikro Kredit
Yayasan Wilayah Persekutuan

BORANG SKIM USAHAWAN MIKRO KREDIT YWP

SOALAN LAZIM (FAQ) MENGENAI SKIM USAHAWAN MIKRO KREDIT PENIAGA KECIL YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

1) Apakah itu Skim Usahawan Mikro Kredit Peniaga Kecil Yayasan Wilayah Persekutuan?

  • Skim Mikro Kredit adalah pembiayaan / pinjaman mikro yang ditawarkan kepada perusahaan kecil / mikro bagi tujuan menambahkan modal pusingan atau pembelian aset bagi menyokong kelangsungan perniagaan.

2) Siapakah yang layak untuk memohon Skim Usahawan Mikro Kredit Yayasan Wilayah Persekutuan?

  • Warganegara Malaysia

  • Menetap di Wilayah Persekutuan.

  • Berumur 18 – 70 tahun.

  • Menyediakan sekurang-kurangnya seorang yang tidak tinggal bersama sebagai rujukan.

  • Tempoh maksimum pinjaman (3) tiga tahun.

  • Memiliki lesen perniagaan yang sah daripada DBKL / Perbadanan Putrajaya / Perbadanan Labuan/Penganjur Tapak Niaga {jika berkaitan} untuk tempoh sah lesen tidak kurang 6 bulan pada tarikh permohonan diterima.

  • Memiliki premis / ruang/tapak perniagaan yang mempunyai permit dari DBKL / Perbadanan Putrajaya / Perbadanan Labuan.

3) Apakah jenis sektor perniagaan yang layak untuk memohon Skim Usahawan Mikro Kredit Yayasan Wilayah Persekutuan?

  • Terbuka kepada semua jenis perniagaan yang sah menurut undang-undang dari DBKL / Perbadanan Putrajaya / Perbadanan Labuan.

4) Berapakah amaun pembiayaan / pinjaman yang ditawarkan di bawah Skim Usahawan Mikro Kredit Yayasan Wilayah Persekutuan?

  • Pembiayaan / pinjaman sehingga RM5,000

5) Berapakah amaun pembiayaan / pinjaman yang ditawarkan di bawah Skim Usahawan Mikro Kredit Yayasan Wilayah Persekutuan?

  • Tempoh pembiayaan / pinjaman di antara 1 hingga 3 tahun.

6) Berapakah caj pentadbiran atau caj lain yang dikenakan bagi Skim Usahawan Mikro Kredit Yayasan Wilayah Persekutuan ini?

  • Caj Pentadbiran ialah sebanyak  2% ditambah 6% sebagai sumbangan kepada modal pusingan Tabung Skim Mikro Kredit sebagai pusingan tabung.

7) Apakah dokumen yang diperlukan?

  • Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

  • Lesen perniagaan atau permit kebenaran berniaga sementara daripada DBKL / Perbadanan Putrajaya / Perbadanan Labuan & Penganjur Tapak Niaga (jika berkaitan)

  • Salinan kad pengenalan yang disahkan benar.

  • Salinan Bil Utiliti yang disahkan benar.

  • Gambar Premis/Tempat Berniaga (Jika ada)

  • Lain-lain dokumen sokongan.

  • Mengisi borang yang disediakan.

8) Siapakah pegawai bertanggungjawab yang boleh

dihubungi +603-2698 3073/2073

  • Pn. Hasni Hani – ext 509

  • En. Shahrizzat - ext 510

  • En. Hethir - ext 514

  • Mengemukakan dokumen lengkap permohonan kepada alamat berikut :-

    • Yayasan Wilayah Persekutuan

            Jabatan Pembangunan dan Perniagaan

            No 134, Wisma YWP,

            Jalan Raja Abdullah, Kampung Bharu

            50300 Kuala Lumpur;

            Tel : 03-2698 3073/2073

            Faks : 03-2698 3075

           

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

8 NOVEMBER 2023

bottom of page