SOSIAL
Yayasan Wilayah Persekutuan amat menitikberatkan pembangunan sosial warga kota Wilayah Persekutuan terutama di Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan. Pelbagai inisiatif yang telah dan bakal dijalankan bagi membentuk dan mendedahkan masyarakat dengan pendekatan yang positif serta pratikal agar sosial di Wilayah Persekutuan sentiasa berada dalam keadaan yang lebih baik. Inisiatif dan program dijalankan secara berperingkat dari semasa ke semasa.
PUSAT PEMERKASAAN PENDIDIKAN DAN KOMUNITI (PREPKOM)
•Ruang pembelajaran untuk kanak-kanak DBKL PPR / PA untuk mengulangkaji pelajaran mereka. Juga menampung pelbagai program komuniti :
Kelas pengajian Al-Quran, Kursus kemahiran dan keusahawanan.
•Program Khidmat Masyarakat dan Jati Diri Remaja PPR/PA DBKL memberi pendedahan kepada belia di PPR / PA DBKL dalam program berasaskan komuniti.
SKIM PRIHATIN WILAYAH PERSEKUTUAN
•Bantuan khairat kematian kepada waris ahli Skim Prihatin.
SUMBANGAN KHAS YWP
•Bantuan terhad khas untuk individu, agensi, persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan untuk pendidikan, pelaksanaan program, bantuan bencana dan bantuan perubatan.
I-WHEELCHAIR
•Inisiatif bantuan pinjaman kerusi roda bagi warga Wilayah Persekutuan yang memerlukan. Sebanyak 50-unit kerusi roda ditempatkan di
10 PREPKOM.
VAN WILAYAH
•Kemudahan untuk warga Wilayah Persekutuan bergerak bagi urusan kebajikan seperti menghadiri kenduri, kematian dan sebagainya.