

PENDIDIKAN
Kluster Pendidikan merupakan salah satu fokus utama Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dalam membantu meningkatkan taraf dan kualiti pendidikan warga Wilayah Persekutuan. Pada tahun 2026, YWP melaksanakan beberapa inisiatif pendidikan yang memberi manfaat kepada pelajar dan komuniti, antaranya Bantuan Khas Persekolahan Tahun 2026, Pusat Pemerkasaan Pendidikan & Komuniti (PREPKOM) serta Program Tuisyen SPM.
Melalui program-program ini, YWP memberi tumpuan kepada penyediaan bantuan keperluan persekolahan, kemudahan pembelajaran dan sokongan akademik kepada pelajar, khususnya mereka yang memerlukan. Usaha ini selaras dengan komitmen YWP untuk memperluaskan akses kepada pendidikan serta membantu meningkatkan pencapaian akademik dan kesejahteraan pendidikan warga Wilayah Persekutuan.
PUSAT PEMERKASAAN PENDIDIKAN & KOMUNITI (PREPKOM)
Tuisyen Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan SPM
-
Tuisyen yang memberi tumpuan kepada teknik dan petua untuk menjawab soalan peperiksaan.

