top of page

Sukarelawan Wilayah Prihatin atau PRIVO (Prihatin Volunteer) adalah gabungan sukarelawan yang datang dari pelbagai latarbelakang dan bertindak sebagai pusat penyelaras kegiatan kesukarelawan di Wilayah Persekutuan.

Kementerian Wilayah Persekutuan melancarkan PRIVO bagi membantu warga Wilayah Persekutuan melalui kegiatan-kegiatan kesukarelawan.
 

Tujuan penubuhan Sukarelawan Wilayah Prihatin atau PRIVO (Prihatin Volunteer) adalah untuk membantu memastikan keberkesanan perlaksanaan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan untuk warga Wilayah, bagi membantu rakyat dan negara yang sangat terkesan.

PRIVO diilhamkan oleh YB Tan Sri TPr. Annuar Haji Musa, Menteri Wilayah Persekutuan dan digerakkan secara bersama dengan semua agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan.

PRIVO akan berfungsi sebagai pusat koordinasi gerakan sukarelawan (Coordination Centre) yang

  • menyelaras kegiatan kesukarelawan di Wilayah Persekutuan

  • menyelaras pengumpulan & pengagihan bantuan agar semua rakyat yang memerlukan tidak ketinggalan.


 

Pendaftaran adalah terbuka kepada semua warga Wilayah Persekutuan seperti kategori berikut:

 

  • Individu (berusia 18 tahun ke atas)

  • Kumpulan NGO

  • Kumpulan Organisasi Swasta

  • Kumpulan Organisasi GLC

  • Kumpulan Organisasi Agensi Kerajaan

  • Kumpulan Institusi Pendidikan

Di masa hadapan, PRIVO akan menyediakan lebih banyak platform kegiatan kesukarelawan yang sesuai dengan keperluan dan kehendak warga Wilayah Persekutuan.

LOGO (EDIT)-01.png

SUKARELAWAN WILAYAH PRIHATIN

Trak Vaksin Bergerak | Warga emas, golongan rentan teruja

Astro AWANI
Trak Vaksin Bergerak | Warga emas, golongan rentan teruja
Search video...
Trak Vaksin Bergerak | Warga emas, golongan rentan teruja

Trak Vaksin Bergerak | Warga emas, golongan rentan teruja

03:35
Play Video
Saringan Percuma Komuniti Wilayah Persekutuan Tingkatkan Kesedaran - Annuar Musa

Saringan Percuma Komuniti Wilayah Persekutuan Tingkatkan Kesedaran - Annuar Musa

03:55
Play Video
Pelancaran “Mobile Vaccine Truck” Wilayah Persekutuan mudahkan warga Wilayah.

Pelancaran “Mobile Vaccine Truck” Wilayah Persekutuan mudahkan warga Wilayah.

07:03
Play Video
  • Facebook
  • Instagram
bottom of page