top of page

Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) mengalu-alukan sumbangan wang ringgit serta tajaan pakej makanan untuk warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang amat memerlukan bantuan, di waktu Perintah Kawalan Pergerakan serta sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, melalui program i-HYA RAMADHAN YWP. 

YWP telah menyediakan platform atas talian bagi membolehkan penyumbang memberikan sumbangan secara online dan juadah berbuka puasa dihantar terus kepada penerima yang dipilih. Tujuannya adalah untuk memudahkan orang ramai meneruskan amalan mulia mengimarahkan Ramadhan meskipun tidak dapat berkumpul bersama para penerima sumbangan. 

Resit potongan cukai juga akan diberikan.

(ANSI SYSTEMS SDN BHD (No Syarikat 612355-D) adalah syarikat yang dilantik untuk menguruskan transaksi secara dalam talian bagi pihak Yayasan Wilayah Persekutuan. Ansi Systems Sdn Bhd juga berdaftar dengan Paynet bagi menyediakan produk FPX dan dilantik oleh Bank Islam sebagai Payment Service Agent).

Layari www.yayasanwp.org.my dan klik menu "i-HYA RAMADHAN YWP" atau scan "BARCODE" yang tertera.

bottom of page