top of page

Permohonan Kelas Digital SPM YWP 2021 untuk pelajar yang bersekolah
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Susulan penutupan sekolah akibat COVID-19 pada tahun ini, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Yayasan Wilayah Persekutuan telah bersetuju membantu 20,000 pelajar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021.

Pelajar akan diberikan Kelas Digital SPM YWP iaitu pembelajaran secara atas talian mulai 1 Jun 2021 sehingga tarikh tamat peperiksaan SPM 2021.

Kelas Digital SPM YWP ini akan merangkumi 10 subjek SPM (teras/wajib lulus/kritikal) iaitu matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam, Matematik, Sains, Fizik, Kimia, Biologi & Matematik Tambahan.

 

Kesemua kelas pembelajaran SPM secara digital ini telah direkodkan dalam "video on demand" yang membolehkan pelajar untuk mengaksesnya melalui semua jenis peranti dan berinteraksi dengan tutor melalui "live chat".

Bagi menambahbaik kelancaran proses pembelajaran secara atas talian, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan juga membekalkan pemasangan Wi-Fi percuma di beberapa PPR dan PA.​

FAQ PROGRAM KELAS DIGITAL SPM YWP

1.    Bagaimana hendak mendapatkan ID untuk login?

a)  Sila daftar maklumat pelajar seperti Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan, Nombor Telefon, Emel, Nama Sekolah & Nama Kelas  dengan menekan butang merah di bawah atau KLIK DI SINI UNTUK MEMOHON.

b) Kami akan menghantar login ID & Kata Laluan kepada setiap pemohon setelah pendaftaran disahkan. 

c) Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai urusetia YWP seperti yang tertera di bawah.

Peringatan: Setiap pelajar Tingkatan 5/calon SPM tahun 2021, dikehendaki mengisi maklumat melalui butang merah di bawah
atau KLIK DI SINI UNTUK MEMOHON bagi mendapatkan login  ID dan Kata Laluan Kelas Digital SPM YWP 2021 .

SENARAI NAMA PEGAWAI URUSETIA YWP

bottom of page