Program Baik Pulih Kediaman PPR/PA
Yayasan Wilayah Persekutuan
SOALAN LAZIM (FAQ) MENGENAI PROGRAM BAIK PULIH
KEDIAMAN PPR/PA YAYASN WILAYAH PERSEKUTUAN
1) Kriteria kelayakan?
-
Pemohon merupakan peserta/peminjam SPWP yang tidak mempunyai tunggakan 1 tahun; dan
-
Menetap di kediaman yang dipohon;
-
Pendapatan per kapita isi rumah tidak lebih RM685 sebulan ;
-
Pendapatan isi rumah + bilangan tanggungan = RM685
-
-
Pembaikan melibatkan komponen-komponen asas rumah sahaja seperti dapur, tandas, bilik air, pintu, lantai, tingkap nako, perpaipan, pembentungan / kumbahan dan pendawaian elektrik serta tidak melibatkan struktur asas
2) Jenis rumah?
-
Rumah PPR/PA sahaja
3) Permohonan yang TIDAK LAYAK dipertimbangkan?
-
Menyewa unit kediaman daripada peserta/peminjam SPWP; atau
-
Peserta/peminjam tidak menetap di unit kediaman; atau
-
Peserta/peminjam SPWP Fasa 6
4) Kaedah Permohonan?
-
Melengkapkan Borang mengikut kriteria yang ditetapkan dan disertakan dokumen sokongan seperti berikut :-
-
Salinan Kad Pengenalan;
-
Salinan slip gaji yang disahkan majikan/ akuan sumpah pendapatan;
-
Gambar penuh rumah dengan jelas (dari dalam); dan
-
Gambar kerosakan dengan jelas (sila nyatakan jenis kerosakan)
-
-
Mengemukakan dokumen lengkap permohonan kepada alamat berikut :-
-
Yayasan Wilayah Persekutuan
-
Jabatan Pembangunan dan Kesejahteraan Komuniti,
No 134, Wisma YWP,
Jalan Raja Abdullah, Kampung Bharu
50300 Kuala Lumpur;
Tel : 03-2698 3073/2073
Faks : 03-2698 3075
Atau;
Emel: baikpulihrumahspwp@yayasanwp.org.my
YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN
22 SEPTEMBER 2023