Sekiranya anda mengalami masalah kewangan, sila dapatkan khidmat nasihat dari Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK)
HANYA UNTUK PEMEGANG AKAUN BSN!!!
Anda boleh juga membuat pembayaran balik pinjaman belian rumah PPR/ PA secara online, melalui akaun BSN anda.
Sila klik:
https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan Sdn Bhd (SPWP) adalah anak syarikat milik penuh Yayasan Wilayah Persekutuan dan telah ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 9 Februari 2012 sebagai syarikat berhad menurut syer dan bahawa SPWP adalah sebuah syarikat sendirian.
VISI
Membantu penduduk yang berpendapatan rendah termasuk ibu tunggal, tidak bergaji tetap, dan warga emas di kalangan penduduk Wilayah Persekutuan yang ingin memiliki rumah DBKL (PPR/PA) di ibu kota Kuala Lumpur.
MISI
Menjadi sebuah syarikat ulung di Malaysia yang bukan institusi kewangan yang boleh mengurus pembiayaan kepada penduduk Wilayah Persekutuan yang ingin memiliki rumah sendiri.
OBJEKTIF PENUBUHAN
SPWP adalah sebuah Syarikat Bertujuan Khas (Special Purpose Vehicle Company) yang ditubuhkan bertujuan bagi menguruskan Skim Pembiayaan Khas Penjualan Rumah Program Perumahan Rakayat (PPR) Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Skim Pembiayaan Khas tersebut adalah bertujuan membantu penyewa sedia ada yang mampu dan berminat untuk membeli rumah yang ditawarkan oleh DBKL dan telah mendapat kelulusan Jemaah menteri pada 18 Januari 2012. Pada 28 Januari 2012 YAB Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan Skim tersebut.
Di bawah Skim ini, SPWP memain peranan sebagai pengurus kepada Skim Pembiayaan Khas tersebut dan pada dasarnya DBKL akan menjual rumah kepada penyewa sedia ada.