top of page

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEPADA SEKOLAH TAHFIZ, SEKOLAH AGAMA SWASTA DAN SEKOLAH PERSENDIRIAN CINA


Yayasan Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR 14 JULAI 2019 – Seramai 22,000 orang pelajar akan mendapat manfaat dari bantuan yang diberikan kepada sekolah-sekolah tahfiz, sekolah agama swasta dan sekolah persendirian cina.

Pada hari ini Menteri Wilayah Persekutuan iaitu YB Tuan Hj Khalid Abd Samad yang juga merupakan Pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan, telah membuat penyerahan bantuan dalam satu majlis yang dihadiri oleh lebih 200 orang wakil sekolah.

Bantuan tersebut diberikan kepada sekolah-sekolah yang berdaftar dengan pihak Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Nilai bantuan berjumlah RM1.5 juta dengan pecahan seperti berikut:

  1. RM1 juta untuk Sekolah Tahfiz dan Sekolah Agama Swasta

  2. Manakala RM500,000 adalah untuk sekolah Persendirian Cina

Menurut Khalid, “kita amat mengharapkan agar pihak sekolah menggunakan bantuan yang diperlukan dengan sebaik mungkin, bagi memastikan pelajar terus bersemangat untuk hadir ke sekolah sekaligus pelajar dapat meningkatkan lagi prestasi mereka”.

Setiap tahun, jutaan ringgit dibelanjakan untuk bidang pendidikan, bagi memastikan setiap sekolah, guru dan pelajar di Wilayah Persekutuan terus diperkasa, manakala pelajar-pelajar tidak berkemampuan terus dibela. Pada tahun ini sahaja, bantuan yang telah diperuntukkan untuk Pendidikan adalah sebanyak RM7.6 juta kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

YWP merupakan syarikat amanah yang ditubuhkan pada tahun 1986, bertujuan membantu menaiktaraf hidup golongan yang berpendapatan rendah dan memerlukan di Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Labuan. Perkhidmatan dan gerakerja YWP adalah tertumpu kepada 5 kluster utama iaitu Pendidikan, Ekonomi, Sosial, Agama dan Teknologi (P.E.S.A.T).

Dikeluarkan oleh: Bahagian Komunikasi Korporat dan Pengurusan Maklumat YWP

Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
bottom of page