top of page

Konvoi motosikal santuni warga kota

AKTIVITI konvoi sambil beramal sudah menjadi kebiasaan buat Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), Datuk Zaizalnizam Zainun untuk menyantuni warga Wilayah Persekutuan yang memerlukan.


Baru-baru ini, beliau yang menunggang motosikal berkuasa besar miliknya, bersama-sama enam motosikal penguatkuasa wanita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kumpulan motor GPX Malaysia telah mengagihkan bubur asyura Perlis kepada 14 buah rumah penduduk Desa Pandan melalui program Konvoi Beramal RumahPrihatin@GrandSeasons.


“Saya sudah biasa mengikuti aktiviti permotoran seperti ini untuk melaksanakan program kebajikan.


“Bagi saya, ia adalah satu aktiviti yang baik dan boleh menjadi galakkan kepada masyarakat khususnya golongan muda untuk turut serta dalam aktiviti amal,” katanya ketika ditemui Wilayahku selepas melaksanakan konvoi sambil beramal pada Khamis lalu.


Bagaimanapun, beliau turut menasihatkan semua pihak yang ingin melaksanakan program seperti ini supaya menitikberatkan aspek keselamatan setiap penunggang motor yang terlibat.


“Bila melibatkan pergerakan kenderaan, aspek keselamatan dan peraturan jalan raya harus menjadi keutamaan.


“Secara tidak langsung, perkara ini akan mendidik semua pihak termasuk penganjur dan peserta untuk lebih berdisiplin dalam sebarang aktiviti yang diadakan,” katanya.


Program KonvoiBeramal@RumahPrihatin menyaksikan isteri kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datin Seri Shamsiah Md Yassin bersama 10 orang jenteranya iaitu barisan ahli Wanita UMNO Perlis menyingsing lengan memasak bubur asyura sebanyak 145 bekas.


Proses memasak yang mengambil masa selama tiga jam itu turut dibantu oleh Pengarah Eksekutif Rumah Prihatin, Datuk Mohd Irwan Rizal Ali Napiah serta kakitangan Rumah Prihatin.



Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075 | WhatsApp : +6019-3483073

Email: info@yayasanwp.org.my

www.yayasanwp.org.my

bottom of page