Mesyuarat Pengurusan Perkasakan MyGrocer@Wilayah, JWP dan YWP Terus Perluas Manfaat Keperluan Asas Rakyat

PUTRAJAYA, 29 September 2026 – Satu mesyuarat pengurusan bagi program MyGrocer@Wilayah telah diadakan di Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) hari ini. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Sosio Ekonomi) JWP, Y.Bhg. Datuk Parang Abai @ Thomas.
Turut hadir bersama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), Y.Brs. Dr. Abdul Basir V. Kunhimohamed; Timbalan Pengarah Bahagian Sosio Ekonomi JWP, Y.Bhg. Dato’ Mohd Zulkifli bin Hashim, serta barisan pegawai berkaitan.

Mesyuarat berkenaan memberi tumpuan penuh kepada usaha memperkukuh dan memperkembangkan lagi inisiatif MyGrocer@Wilayah supaya penyampaian manfaat kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih efisien, bersasar, serta memberi impak yang maksima.
Untuk rekod, MyGrocer@Wilayah merupakan inisiatif pasar bergerak yang diperkenalkan oleh JWP dengan kerjasama YWP sejak tahun 2021. Program ini menggunakan konsep trak bergerak bagi membawa pelbagai barangan dapur serta keperluan asas terus kepada komuniti, khususnya bagi membantu penduduk di kawasan perumahan kos rendah di Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan.











































Comments