top of page

11 orang menerima bantuan Awal IPT Yayasan Wilayah Persekutuan



Kuala Lumpur, 29 Julai 2024 , Seramai 11 orang menerima bantuan Awal IPT Yayasan Wilayah Persekutuan. Program ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan YWP dalam menyokong pendidikan dan meringankan beban kewangan keluarga-keluarga kurang mampu di Wilayah Persekutuan.


Penyerahan bantuan disampaikan oleh YBhg. Tuan Haji Abdul Rahman Siraj, Pengarah Eksekutif dan YBhg. Datin Ts. Dr. Ida Harlina Binti Ikhwan Nasir, Pengurus Kanan Pembangunan Komuniti dan Komunikasi Strategik.


YWP berharap agar program ini dapat memberikan impak positif kepada pelajar-pelajar dan membantu mereka memulakan tahun pembelajaran dengan semangat dan keyakinan baru. YWP mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong usaha ini dan mengharapkan kerjasama yang berterusan dalam memastikan kejayaan program ini.

 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075 | WhatsApp : +6019-3483073

Email: info@yayasanwp.org.my

www.yayasanwp.org.my

bottom of page