YWP bantu pelajar hadapi peperiksaan
KUALA LUMPUR - 17 MEI 2015. Seramai 40 orang pelajar daripada komuniti PPR Hiliran Ampang dan juga Bandar Tun Razak selesai menjalani kursus motivasi dan juga teknik menjawab soalan peperiksaan yang bakal diduduki tidak lama lagi.
Pelbagai informasi dan teknik didedahkan kepada peserta bagi mempersiapkan mereka dari segi mental untuk menjawab soalan peperiksaan.
Kursus yang diadakan selama dua hari ini telah diberikan oleh pakar motivasi terlatih yang dilantik oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) selaku rakan strategik pelaksanaan kursus ini.