top of page

YWP bantu wanita tabah menjaga 3 anak dan ibu tunggal


KUALA LUMPUR - 22 Mei 2015. Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) telah melawat Pn. Fizah Mohamad Razali, 45 yang menetap di PPR MTEN Intan Baiduri, Kuala Lumpur. Beliau yang tabah menjaga 3 orang anak yang berusia 6 hingga 17 tahun itu juga turut menguruskan ibunya berusia 72 tahun yang lumpuh akibat angin ahmar.


Pn. Fizah nekad berniaga dengan menjual nasi lemak selain menerima upah mengasuh kanak-kanak bagi menampung kos hidup di kota. Pihak YWP berharap dengan sumbangan yang diberikan mampu meringankan bebanan hidup yang ditanggung.


"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YWP yang sudi tempil membantu kami sekeluarga" ujar beliau yang mengatakan YWP adalah agensi pertama sudi datang melawat dan menghulur bantuan.


Orang yang ramai ingin menyumbang bantuan boleh disalurkan ke maklumat seperti berikut :


NOR FIZAH MOHAMAD RAZALI

12225020047661

Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075 | WhatsApp : +6019-3483073

Email: info@yayasanwp.org.my

www.yayasanwp.org.my

bottom of page