Datuk Bandar Kuala Lumpur serah bantuan persekolahan kepada 1650 pelajar
KUALA LUMPUR - Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Datuk Hj. Amin Nordin telah menyampaikan sumbangan bantuan persekolahan kepada 1650 orang pelajar pada 17 Disember lalu. Majlis penyampaian yang diadakan di Satdium Titiwangsa, Kuala Lumpur itu bertujuan meringankan bebanan ibubapa bagi menguruskan hal persekolahan anak-anak pada sesi 2016. Datuk Amin juga turut berkata bahawa, pihak DBKL akan menyokong aktiviti kemasyarakatan dalam usaha meningkatkan taraf hidup warga kota Sumbangan kali ini melibatkan kos sebanyak RM247,000 di mana masing-masing menerima sebuah beg sekolah dan juga wang tunai