top of page

YWP Bantu Pelajar SPM Jawap Soalan


PUTRAJAYA, 22 September 2016, - Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) telah menjalankan Seminar Kecemerlangan Pelajar SPM 2016 di Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Putrajaya dan juga Perbadanan Putrajaya bagi membantu para pelajar terpilih di Wilayah Persekutuan Putrajaya menjawab soalan SPM yang bakal diduduki mereka tidak lama lagi.


Majlis penutup yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Roslan bin Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif YWP berharap agar setiap pelajar yang terlibat dengan seminar ini mampu menjawap soalan SPM akan datang dengan baik. Sementara itu, Hajjah Norafizah selaku Timbalan Pengarah Pendidikan Putrajaya menasihati para peserta bahawa kini soalan peperiksaan semakin sukar dijangka malah teknik menghafal juga bukan lagi kaedah berkesan bagi menduduki peperiksaan. Seminar Kecemerlangan ini akan diteruskan lagi di peringkat Wilayah Persekutuan Labuan pada akhir bulan September dan di peringkat Kuala Lumpur pada pertengan bulan Oktober.

Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075 | WhatsApp : +6019-3483073

Email: info@yayasanwp.org.my

www.yayasanwp.org.my

bottom of page