Seminar SPM bantu Calon KL Jawab Soalan
3 OGOS, KUALA LUMPUR - Yayasan Wilayah Persekutuan telah menjalankan satu seminar yang sangat berguna kepada calon-calon SPM 2017 peringkat Wlayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bermula daripada 31 Julai hingga 3 Ogos 2017 bertempat di Auditorium IPG Kampus Ilmu Khas di ibu kota. Seminar ini memberi pendedahan kepada semua peserta yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2017 tidak lama lagi bagi menjawab soalan dengan mudah dan berkesan dengan teknik yang diberikan.