top of page

MAJLIS PENYERAHAN BAUCAR BANTUAN PERSEKOLAHAN RIANG RIA KEMBALI KE SEKOLAH YAYASAN WILAYAH PERSEKUT


KUALA LUMPUR 18 November 2019 – Seramai 20,000 orang murid-murid akan mendapat manfaat dari bantuan yang diberikan kepada Sekolah-sekolah Rendah Kebangsaan, Sekolah-sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil serta Sekolah-sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.


Pada hari ini Menteri Wilayah Persekutuan iaitu YB Tuan Hj Khalid Abd Samad yang juga merupakan Pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), telah membuat penyerahan bantuan berupa baucar bantuan persekolahan berjumlah RM120 setiap seorang dan mereka layak menebus baucar tersebut bagi tujuan pembelian 3 pasang pakaian sekolah, 2 pasang stokin dan sehelai baju putih sukan, di pusat penebusan terpilih yang ditetapkan oleh YWP.


Menurut Khalid, Program ini bertujuan meringankan beban perbelanjaan murid-murid sekolah rendah daripada keluarga B40 di Wilayah Persekutuan untuk pembukaan sesi persekolahan di awal tahun. Bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan perbelanjaan ibu bapa untuk memulakan sesi persekolahan anak-anak mereka pada tahun hadapan ia juga bagi memastikan pelajar terus bersemangat untuk hadir ke sekolah sekaligus pelajar dapat meningkatkan lagi prestasi mereka.


Menurut Zaizalnizam bin Zainun, Ketua Pegawai Eksekutif YWP, baucar yang bernilai RM120 tersebut bolehlah ditebus di mana-mana cawangan pusat Starvilion seperti yang dinyatakan bermula 28 November 2019 hingga 31 Januari 2020.


Setiap tahun, jutaan ringgit dibelanjakan untuk bidang pendidikan, bagi memastikan setiap sekolah, guru dan pelajar di Wilayah Persekutuan terus diperkasa, manakala pelajar-pelajar tidak berkemampuan terus dibela. Pada tahun ini sahaja, bantuan yang telah diperuntukkan untuk Pendidikan adalah sebanyak RM7.6 juta kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.


YWP merupakan syarikat amanah yang ditubuhkan pada tahun 1986, bertujuan membantu menaiktaraf hidup golongan yang berpendapatan rendah dan memerlukan di Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Labuan. Perkhidmatan dan gerakerja YWP adalah tertumpu kepada 5 kluster utama iaitu Pendidikan, Ekonomi, Sosial, Agama dan Teknologi (P.E.S.A.T).


Dikeluarkan oleh: Bahagian Komunikasi Korporat dan Pengurusan Maklumat YWP

Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
bottom of page