250 pelajar terima Bantuan Awal IPT YWP
5.12.2024 - Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menganjurkan Majlis Penyerahan Bantuan Awal IPT bertempat di Dewan Masjid Jamek Kampong Baru, Kuala Lumpur.
Program ini bertujuan membantu pelajar daripada keluarga yang memerlukan di Wilayah Persekutuan untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi tanpa beban kewangan. Seramai 250 pelajar menerima bantuan sebanyak RM700 setiap seorang, dengan jumlah keseluruhan RM175,000.
Turut hadir, YBhg. Dr. Abdul Basir Bin V. Kunhimohamed - Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif YWP, YBhg. Tuan Mohd Mustafa Bin Ghazanfar - Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWP, YBhg. Pn. Rohani Binti Hussin - Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWP serta para Pengurusan Tertinggi YWP.
Manakala, Wakil DBKL pula, YBrs. Ahmad Ibnu Sina bin Termizi - Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Kesejahteraan Bandar selaku wakil Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Yayasan Wilayah Persekutuan sentiasa komited untuk menyokong pelbagai inisiatif pembangunan sosial, Pendidikan dan kebajikan yang memberi impak positif kepada masyarakat.
Comments