top of page

๐Š๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ข๐š๐ก๐š๐ง ๐ค๐š๐ซ๐ง๐ข๐ฏ๐š๐ฅ ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ค๐ข๐ซ ๐ก๐š๐ฌ๐ข๐ฅ ๐ข๐ฆ๐ฉ๐š๐ค ๐ค๐จ๐ฆ๐ฉ๐ž๐ญ๐ž๐ง๐ฌ๐ข ๐ฉ๐จ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข๐Ÿ


Kerjasama padu semua pihak akhirnya Karnival Pendidikan dan Kerjaya Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2024 telah belangsung dengan jayanya bermula 30 November hingga 1 Disember 2024 di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan Labuan.

Bukan calang-calang kerjasama kali ini dengan komitmen hebat daripada Jabatan Pendidikan, Jabatan Wilayah Persekutuan, Yayasan Wilayah Persekutuan, PERKESO, Perbadanan Labuan dan Financial Park Labuan yang sangat mengujakan.

Pelbagai institusi pendidikan, syarikat-syarikat dan pakar-pakar industri, jabatan-jabatan dan agensi serta persatuan sangat memberi impak besar dalam menjayakan program kali ini

Karnival telah disempurnakan dengan meriahnya oleh YBhg. Puan Atiqah Syairah binti Shaharuddin, Setiausaha Politik, Menteri Pendidikan.

Turut hadir, YBrs. Ustaz Mohd Radzaleih bin Matusin, Timbalan Pengurus MAIWP Labuan, YBrs. Dr. Abdul Basir bin V. Kunhimohamed, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif YWP, YBrs. Dr. Mohd Azam bin Ahmad, Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Sektor Professionalisme Perguruan, YBrs. Tuan Haji Abidin bin Marjan, Pengarah Jabtaan Pendidikan Labuan, YBrs. Tuan Luqmanulhakim bin Imbran, Pegawai Jabatan Sosio Ekonomi Perbadanan Labuan, YBrs. Tuan Wan Farulnaim bin Wan Mohd Faizul, Pegawai Keselamatan Sosial, PERKESO.


ย 
ย 
ย 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075 | WhatsApp : +6019-3483073

Email: info@yayasanwp.org.my

www.yayasanwp.org.my

โ€‹

bottom of page