top of page

Abdul Rahman Siraj dilantik sebagai Pengarah Eksekutif YWP


PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) melantik Abdul Rahman Siraj sebagai Pengarah Eksekutif YWP.


Lantikan tersebut berkuatkuasa bermula 1 Mac ini bagi tempoh tiga tahun.


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan YWP, Abdul Rahman berkelulusan perakaunan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memiliki kelayakan profesional dari Malaysia Institute of Accountants dan keahlian penuh di dalam Institute of International Auditors (IIA).


Beliau juga mempunyai pengalaman luas dalam bidang berkaitan syarikat dan komersial dan pernah memegang jawatan utama di dalam pengurusan, tadbir urus korporat, audit dan pengurusan risiko.


Dalam tempoh beberapa tahun kerjanya, beliau juga pernah berkhidmat di beberapa syarikat korporat seperti Pengurus Besar Kanan Institut Jantung Negara; Pengarah Eksekutif di Multimedia Synergy Corporation Sdn Bhd; Ketua Pegawai Eksekutif Taliworks Corporation Berhad serta Pengurus Besar Pelaburan Khazanah Nasional Berhad.


Sebelum melangkah masuk ke dalam YWP, beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Hospital Pusrawi Sdn Bhd.

YWP percaya dengan kredibiliti dan rekod perkhidmatan cemerlang beliau dalam bidang korporat dan ia akan dapat meningkatkan lagi keupayaan YWP untuk memberi khidmat yang terbaik kepada warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Putrajaya dan Labuan khususnya buat golongan rentan dan B40, “jelas kenyataan tersebut.-WILAYAHKU

Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
bottom of page