BANTUAN BENCANA PASCA BANJIR KELANTAN YWP

Kota Bharu, Kelantan, 14 Januari 2025, Yayasan Wilayah Persekutuan ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yayasan Kewangan & Ekonomi Antarabangsa (IFE Foundation), Yayasan Kelantan Darulnaim, NGO Komuniti Madani Pasir Mas, Angkatan Perkhidmatan Awam Pasir Mas serta pihak Pejabat Daerah Pasir Mas atas sumbangan dan sokongan berterusan dalam menjayakan misi bantuan pasca banjir ini. Keprihatinan semua pihak membantu melancarkan usaha ini telah membawa manfaat besar kepada mangsa banjir yang memerlukan.
Misi Bantuan kali ini menyumbangkan bantuan bernilai kira-kira RM300,000. Sumbangan ini merangkumi 200 bakul makanan yang mengandungi keperluan asas, serta 200 set tilam dan bantal untuk penduduk yang memerlukan. Bantuan ini diagihkan kepada penduduk di 9 buah kampung yang terjejas, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan keperluan asas mereka terpelihara.
Objektif Misi
• Memberikan sokongan segera kepada keluarga terjejas akibat banjir.
• Menjamin keperluan asas mangsa pasca bencana dapat dipenuhi.
• Memupuk semangat solidariti dan keprihatinan dalam kalangan masyarakat Wilayah Persekutuan dan antarabangsa.
Majlis Agihan berlangsung pada 13 Januari 2025 bertempat di Perkarangan Stor Skuad Pasir Mas MADANI Kampung
Banggol Gelang Mas. Majlis ini turut dihadiri oleh :
• Yg Berusaha Pn. Aida Lim bt Abdullah, Naib Presiden Yayasan Kewangan & Ekonomi Antarabangsa, merangkap Ahli Jawatankuasa Tabung Kebajikan dan Pelajaran Yayasan Wilayah Persekutuan.
• Yg Berusaha Encik Nik Jessim bin Tan Sri Nik Hashim, Pengarah Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN).
• YBhg. Datin Ida Harlina bt Ikhwan Nasir, Pengurus Kanan Jabatan Pembangunan Komuniti, Komunikasi Strategik & IT, Yayasan Wilayah Persekutuan.
• Yg Berusaha Pn. Naziratul Aina bt Mohd Sayuty, Pengerusi Komuniti Madani Pasir Mas.
• Mohd Azuan Abd Rahman, Ketua Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan), Daerah Pasir Mas.
• Kapten Arif Mohd Zain, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Pasir Mas.
Pasukan sukarelawan kemudian bergerak ke kampung-kampung yang terjejas bagi meneruskan agihan sumbangan.
Antara kampung yang menerima bantuan pada hari pertama adalah:
• Kampung Kalor & Kampung Kolam – 7 rumah
• Kampung Senor, Siput & Tok Rusa – 13 rumah
• Kampung Banggol Che Wan, Meranti – 5 rumah
• Kampung Banggol Setol, Pak Jak – 6 rumah
• Kampung Tasek Berangan, Bongor – 22 rumah
Pada 14 Januari 2025, bantuan diteruskan di kampung-kampung berikut:
• Kampung Padang, Banggol & Alor Mengkuang – 20 rumah
• Kampung Kenak, Kerasak & Pohon Buluh – 10 rumah
• Kampung Bechah Semak & Slow Machang – 15 rumah
• Kampung Atas Pinggir, Kubang Pak Amin & Endo – 15 rumah
YWP turut menyeru kepada semua pihak sama ada individu, syarikat atau organisasi untuk terus bersama-sama menyokong misi-misi bantuan banjir atau bencana walau di mana di seluruh dunia. YWP turut menawarkan pengecualian cukai melalui Seksyen 44(6) kepada sebarang sumbangan tunai yang diberi. Sekecil manapun sesuatu sumbangan, mampu mencipta perubahan yang bermakna kepada mereka yang memerlukan.
Comments