BANTUAN MAKANAN DI PKPD PPR DESA REJANG
KUALA LUMPUR: Penduduk dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di PPR Desa Rejang telah menerima bantuan barangan makanan dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP). Bantuan ini merupakan kerjasama strategi diantara pihak JAWI dan YWP. Bantuan disampaikan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib Bin Ismail, Pengarah JAWI dan YBhg. Datuk Zaizalnizam Zainun, Ketua Pegawai Eksekutif YWP. Sebanyak 2,000 set barangan makanan akan diserahkan secara berperingkat untuk diagihkan kepada penduduk di PPR Desa Rejang. Semoga usaha YWP dan JAWI ini dapat meringankan beban rakyat. #yayasanwp #WilayahPrihatin #KerajaanPrihatin #MenangBersama #KitaJagaKita #LindungDiriLindungSemua #privo
Comments