Barisan Profesional Korporat Teraju Kepimpinan YWP Demi Kesejahteraan Warga Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR, 17 September 2026 – Pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), YB Puan Hannah Yeoh Tseow Suan, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Lembaga Pengarah dan Ahli Jawatankuasa Kecil YWP atas komitmen, masa serta perkongsian pandangan strategik dalam memperkukuh hala tuju organisasi.

Beliau menyatakan keyakinan bahawa kehadiran barisan kepimpinan yang terdiri daripada golongan profesional berpengalaman luas dalam sektor korporat ini mampu membawa kestabilan yang lebih mantap. Kepakaran tersebut dijangka terus memperkasakan tadbir urus YWP agar bergerak dengan lebih terstruktur, efisien, dan berkesan demi kesejahteraan warga Wilayah Persekutuan.

Turut hadir sama dalam sesi tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif YWP, Dr. Abdul Basir bin V. Kunhimohamed.
Berikut adalah senarai penuh barisan kepimpinan yang menerajui Ahli Lembaga dan Jawatankuasa Kecil YWP:
Ahli Lembaga Yayasan Wilayah Persekutuan
Timbalan Pengerusi: YM Raja Noorma Binti Raja Othman
Datuk Muhammad Azmi Bin Mohd Zain
YB Ir. Ts. Zahir Bin Hassan
Datuk Is. Mohd Nizam Bin Haji Yahya
Tengku Datuk Zuhri Bin Tengku Abdul Aziz
Dato’ Hamidah Binti Naziadin
Tuan Mohamad Raimi Bin Ab Rahim
Puan Rohaila Binti Mohamed Basir
Tuan Muhammad Khairil Bin Khalid
Jawatankuasa Kecil Audit & Tatakelola
Pengerusi: Dato’ Hamidah Binti Naziadin
YM Raja Noorma Binti Raja Othman
Datuk Wira Johan Rozali-Wathooth
YM Raja Azura Binti Raja Mahayuddin
Tn. Haji Azlin Shah
Jawatankuasa Kecil Tabung Kebajikan & Pelajaran
Pengerusi: Datuk Mohd Nizam Bin Haji Yahya
Tengku Datuk Zuhri Bin Tengku Abdul Aziz
Datuk Haji Abdul Hakim Amir Bin Osman
Dr. Teratai Edithy Binti Pahamin
Tuan Ahmed Faris Amir
Tuan Ebi Azly Abdullah
Jawatankuasa Kecil Perundangan & Sumber Manusia
Pengerusi: Puan Rohaila Binti Mohamed Basir
Dato’ Hamidah Binti Naziadin
Tuan Muhammad Khairil Bin Khalid
Sumber: Facebook Hannah Yeoh











































Comments