top of page

CEO YWP Rasmi Majlis Anugerah SMK Bandar Tun Razak, Tekad Terus Sokong Kecemerlangan Pendidikan Wilayah

Oct 7
1 min read

KUALA LUMPUR, 26 September 2026 – Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), YBrs. Dr. Abdul Basir bin V. Kunhimohamed, telah hadir merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik, Hal Ehwal Murid (HEM) & Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tun Razak hari ini.


Majlis berprestij ini diadakan bagi mengiktiraf serta meraikan pencapaian cemerlang para pelajar dalam pelbagai bidang. Kejayaan yang diraih adalah manifestasi usaha gigih para pelajar sendiri, sokongan padu daripada ibu bapa, serta didikan penuh dedikasi yang dicurahkan oleh barisan warga pendidik.


Sempena majlis tersebut, YWP menegaskan komitmen berterusan untuk menyokong kemajuan pendidikan anak-anak di Wilayah Persekutuan menerusi pelbagai inisiatif strategik, termasuklah pelaksanaan program tuisyen serta pemberian bantuan sokongan di sekolah berkenaan.

 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075

Email: info@yayasanwp.org.my

www.yayasanwp.org.my

​

bottom of page