CERAMAH PENDIDIKAN OLEH PENGARAH JABATAN INTEGRITI DBKL DI YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN
20/11/2024 Rabu - Pihak pengurusan Yayasan Wilayah Persekutuan didedahkan hari ini dengan ilmu pengurusan tatakelola yang mempu mencegah gejala rasuah. Ceramah disampaikan Y.Brs. Tuan Kamarulzaman bin Ahmad, Pengarah Jabatan Integriti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Kunjungan ini bertujuan untuk:
1. Memperkukuhkan hubungan antara DBKL dan YWP.
2. Membincangkan kerjasama strategik dalam usaha meningkatkan integriti dan akauntabiliti organisasi.
3. Meneroka peluang menjalankan inisiatif cegah rasuah di kalangan rakyat bersama DBKL, untuk manfaat warga Wilayah Persekutuan.
Semoga pertemuan ini menjadi pemangkin kepada sinergi yang lebih utuh antara kedua-dua pihak, seterusnya menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan komuniti Wilayah Persekutuan secara menyeluruh.
Comments