top of page

D’Prihatin Cafe bantu jana pendapatan Rumah Prihatin


SEDAP dan murah. Seperti namanya, D’Prihatin Cafe diwujudkan bagi membolehkan individu yang hadir mendapatkan bantuan di RumahPrihatin@GrandSeasons seperti program vaksinasi, membeli makanan mahupun minuman sementara menunggu giliran.


Lebih menarik, harga hidangan yang ditawarkannya adalah berpatutan iaitu sekitar RM2 hingga RM10.


Menurut pengurusnya, Mohamad Sobri Said, tujuan cafe itu ditubuhkan adalah untuk menjana pendapatan tambahan kepada Rumah Prihatin.


“Hasil berkenaan akan disalurkan kepada Yayasan Wilayah Persekutuan untuk dijadikan sumbangan kepada pihak lain.


“Kita sediakan kopi ­daripada Italian Premium Coffee yang mana rasanya setanding produk kopi terkemuka.


Dengan cara ini, jenama D’Prihatin Coffee dapat diketengahkan,” katanya.

Tambahnya, makanan ringan yang dijual seperti kek dan sandwich dihasilkan di Dapur Prihatin.

 
 
 

Bình luận


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075 | WhatsApp : +6019-3483073

Email: info@yayasanwp.org.my

www.yayasanwp.org.my

bottom of page