Datuk Azman Abidin menyampaikan bantuan khas sempena perayaan Deepavali


Kuala Lumpur, 22 Oktober 2024 – Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini telah menganjurkan Majlis Penyampaian Bantuan Deepavali 2024 bertempat di Auditorium Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Majlis ini disempurnakan oleh YBhg. Datuk Azman bin Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri.
Pada tahun 2024, lebih daripada 100,000 penerima bantuan telah disantuni oleh Yayasan Wilayah Persekutuan, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM16.3 juta yang melibatkan lima kluster utama, iaitu Pendidikan, Ekonomi, Sosial, Agama dan Teknologi (PESAT).
Melalui program ini, 500 penerima bantuan daripada yang amat golongan memerlukan telah terpilih dan menerima sumbangan bakul makanan serta sumbangan tunai sebanyak RM200.00, dengan jumlah keseluruhan bantuan bernilai RM150,000.00.
Antara rakan strategik yang menjayakan majlis ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Belia Wilayah Persekutuan, Persatuan Belia Hindu / Hindu Youth Organization (HYO), Majlis Belia India Malaysia / Malaysia India Youth Council (MIYC), Persatuan Kebajikan Senyuman Kasih.
Turut hadir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wilayah Persekutuan, YBrs. Tuan Nik Ahmad Zahiruddin, Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, YBrs. Dr. Amir Raslan Bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kampung Baru, Ketua-ketua agensi kerajaan dan NGO, tetamu jemputan serta pihak media & para penerima bantuan yang diraikan.
Yayasan Wilayah Persekutuan berharap sumbangan ini bukan sahaja dapat membantu meringankan beban tetapi juga menjadi simbol perpaduan dan keprihatinan bersama. YWP sentiasa komited dalam membantu golongan yang memerlukan melalui pelbagai inisiatif kebajikan dan akan terus memainkan peranan
aktif dalam usaha meningkatkan kesejahteraan penduduk di Wilayah Persekutuan. Semoga usaha bersama ini dapat diteruskan bagi menyemarakkan semangat kebersamaan, terutama ketika meraikan perayaan-perayaan utama dalam negara kita.
#YWP #DBKL #TegasSetia #Deepavali2024 #BantuanKebajikan #MalaysiaMADANI #DrZ #WilayahPersekutuanKita #KerajaanPerpaduan #MalaysiaMADANI
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Azman Abidin
Abdul Basir
Comentarios