top of page

Datuk Wira Dr. Ramli Bin Tahir dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wilayah Persekutuan

  • Jul 28
  • 1 min read

Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Wira Dr. Ramli Bin Tahir atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wilayah Persekutuan yang berkuat kuasa pada 2 Julai 2026.

Surat pelantikan telah disampaikan oleh YB Puan Hannah Yeoh Tseow Suan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Merangkap Pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan, kepada Datuk Wira Dr. Ramli Bin Tahir dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Yayasan Wilayah Persekutuan.

Semoga dengan pengalaman, kepimpinan dan komitmen yang dimiliki, YBhg. Datuk Wira Dr. Ramli Bin Tahir akan terus menyumbang idea serta kepakaran demi memperkukuh peranan Yayasan Wilayah Persekutuan dalam memperkasakan kesejahteraan masyarakat Wilayah Persekutuan.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah.

Ikhlas daripada YBrs. Dr. Abdul Basir bin V. Kunhimohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan serta seluruh warga Yayasan Wilayah Persekutuan dan anak-anak syarikat.

 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075

Email: info@yayasanwp.org.my

www.yayasanwp.org.my

bottom of page