top of page

Dr. Abdul Basir V. Kunhimohamed CEO YWP

Datuk Seri Dr. Zaliha (kiri) menyerahkan watikah pelantikan kepada Dr. Abdul Basir (kanan)
Datuk Seri Dr. Zaliha (kiri) menyerahkan watikah pelantikan kepada Dr. Abdul Basir (kanan)

KENYATAAN MEDIA

PELANTIKAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Merujuk Artikel 27 Memorandum dan Artikel Yayasan Wilayah Persekutuan, dengan sukacitanya diumumkan pelantikan YBrs. Dr. Abdul Basir V. Kunhimohamed sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) yang baharu untuk tempoh dua (2) tahun, berkuat kuasa 1 Julai 2025.

Beliau berkelulusan Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) dalam bidang kewangan dan berpengalaman luas dalam sektor pelaburan, pengurusan risiko serta strategi korporat. Selain penglibatan aktif dalam bidang akademik dan penerbitan ilmiah, beliau turut berkecimpung dalam pelbagai organisasi yang merentasi bidang agama, undang-undang dan pembangunan komuniti.


Dr. Abdul Basir sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif YWP dari tahun 2024 hingga Jun 2025, dan telah memainkan peranan penting dalam menyusun semula keutamaan strategik yayasan melibatkan kebajikan, pendidikan dan pembangunan masyarakat di Wilayah Persekutuan.


Penglibatan beliau bersama organisasi antarabangsa di bawah Pertubuhan Badan-Badan Bersatu seperti Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) turut membuktikan kemampuannya dalam membina jaringan kerjasama rentas sempadan.


Saya percaya dengan gabungan kepakaran dan pengalaman yang dimiliki, Dr. Abdul Basir mampu menerajui YWP dengan lebih dinamik bagi memperkukuh lagi agenda kebajikan dan kesejahteraan rakyat Wilayah Persekutuan, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.


DATUK SERI DR. ZALIHA MUSTAFA

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) merangkap Pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075 | WhatsApp : +6019-3483073

Email: info@yayasanwp.org.my

www.yayasanwp.org.my

bottom of page