top of page

KARNIVAL PENDIDIKAN & KERJAYA W.P. LABUAN 2024: KOMITMEN YWP TERHADAP PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN




Labuan – Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), dengan kerjasama penganjur bersama iaitu Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan, Perbadanan Labuan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan dan PERKESO Sabah, telah menjayakan Karnival Pendidikan & Kerjaya Peringkat W.P. Labuan 2024 pada 30 November - 1 Disember 2024 di Dewan Konvensyen, Kompleks Ujana Kewangan, W.P. Labuan.

Melalui program ini, YWP telah menyerahkan pelbagai bentuk bantuan kepada masyarakat yang memerlukan, khususnya golongan asnaf dan pelajar di W.P. Labuan. Antara bantuan yang disalurkan ialah:

 1. Tuisyen Madani Ilmu @PUJI – Bantuan pendidikan kepada pelajar Tingkatan 5.

2. Bantuan Pemakanan Sekolah Menengah – Bagi menyokong keperluan makanan pelajar secara harian setiap hari ke sekolah.

3.Bantuan “Back to School” YWP – Bantuan persediaan ke sekolah bagi pelajar yang layak.

4.Bantuan Khas YWP – Diserahkan kepada 38 penerima asnaf/ sakit kuat.

5.Bantuan Awal IPTA & IPTS YWP – Untuk 27 penerima yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.

Dalam majlis perasmian penutupan program, YWP juga turut menyerahkan mock cheque kepada penerima sebagai simbolik komitmen terhadap inisiatif pendidikan dan kebajikan ini.

Selain itu, sijil penghargaan turut diberikan kepada penganjur utama, IPTA/IPTS dan agensi-agensi yang membuka reruai sepanjang karnival ini sebagai tanda penghargaan atas sokongan padu mereka.

Karnival ini juga dimeriahkan dengan pelbagai acara seperti sesi sembang santai, pertandingan pakaian beragam bertemakan “Menggapai Cita-Cita”, pertandingan Aerodance dan cabaran interaktif Kahoot MAIWP Challenge.

YWP berharap agar usaha ini dapat membantu meningkatkan taraf pendidikan dan kebajikan masyarakat di Wilayah Persekutuan Labuan serta menyuntik semangat pelajar untuk terus mencapai cita-cita mereka.

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
bottom of page