top of page

KARNIVAL SANTAI KELUARGA 50WP DAN TEMU DBKL @ WANGSA MAJU



28 Julai 2024 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menganjurkan Karnival Santai Keluarga 50WP yang merupakan program kemuncak bagi sambutan 50 Tahun Wilayah Persekutuan. Karnival ini dianjurkan bersekali dengan program Temu DBKL @ Wangsa Maju selama dua hari iaitu 27 dan 28 Julai 2024 (Sabtu dan Ahad) bertempat di Taman Tasik Danau Kota. Program dirasmikan oleh Yang Berhormat Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).


Aktiviti karnival pada 27 Julai 2024 akan dimulakan dengan acara Senandika Filantropi Alam dengan aktiviti seperti Konsert Puisi, Marathon Kucing dan Pameran Seni dan Kraf. Pada 28 Julai 2024 pula, para pengunjung karnival akan disajikan dengan reruai perkhidmatan dari pelbagai jabatan DBKL dan agensi luar yang terlibat secara langsung dalam memberikan perkhidmatan kepada komuniti di Parlimen Wangsa Maju serta seluruh warga Kuala Lumpur.


Karnival 2 hari ini juga akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Sarapan Pagi Sihat @ WPKL, Jualan Agro MADANI, Jualan KL Street Food, Program Kebun Komuniti dan Jualan Kebun Bandar LA21, aktiviti sukan seperti wall climbing, pertandingan memancing, memanah, mewarna dan lain-lain bagi mengisi masa hujung minggu para pengunjung seisi keluarga.


Bersempena karnival ini juga, YB Dr Zaliha melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang bersempena sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2024 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebanyak 40,000 unit Jalur Gemilang akan diedarkan oleh DBKL kepada agensi-agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan, Majlis Perwakilan Penduduk, persatuan penduduk dan institusi pendidikan.


Pelancaran ini bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 di seluruh kawasan Kuala Lumpur dengan tema "Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka". la juga sebagai satu galakan kepada setiap rumah di Kuala Lumpur untuk mengibarkan 1 Jalur Gemilang bagi setiap rumah.


Penganjuran karnival ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada pelbagai pihak seperti Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Wangsa Maju, agensi-agensi kerajaan dan swasta seperti PERKESO, ATM, BOMBA, PDRM, KPDN, TNB, FAMA, MAIWP serta 9 sekolah menengah di sekitar Wangsa Maju bagi menjayakan aktiviti-aktiviti sepanjang karnival ini berlangsung.


Usaha ini juga adalah sejajar dengan nilai-nilai Malaysia MADANI yang mencerminkan nilai isan melalui keadilan sosial dan usaha dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat serta menunjukkan sikap keprihatinan kerajaan terhadap keperluan masyarakat selaras dengan Program Usaha Jaya Insan (PUJI) iaitu inisiatif di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan melalui kluster Ihsan@PUJI dalam membasmi kemiskinan tegar dan memperkasakan warga dan ketua isi rumah.


Unit Media

Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

28 Julai 2024

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075 | WhatsApp : +6019-3483073

Email: info@yayasanwp.org.my

www.yayasanwp.org.my

bottom of page