top of page

Kesungguhan kakitangan berkhidmat, penentu kecemerlangan YWP - Zaizalnizam

KOMITMEN dan kesungguhan kesemua 70 orang kakitangan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dalam memberi perkhidmatan berpaksikan rakyat adalah asas penting mencemerlangkan institusi.


Perkara tersebut kata Ketua Pegawai Eksekutif YWP, Datuk Zaizalnizam Zainun amat dihargainya malah diakui prestasi yang dicatat ketika ini tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa penglibatan sepenuhnya kakitangan di semua peringkat.


Beliau berkata, pengorbanan serta kesungguhan dipamerkan kakitangan YWP yang terlibat secara langsung di lapangan ketika ini sangat dikagumi makahan sukar dinafikan bahawa tanggungjawab digalas mereka menjadi penentu kelangsungan YWP dalam mendepani cabaran semasa ini.


“Dua tahun kebelakangan ini penularan pendamik COVID-19 telah mengubah cabaran yang didepani sebelumnya memerlukan YWP sebagai institusi menjaga kebajikan warga Wilayah Persekutuan, memberi lebih tumpuan terhadap usaha bantuan dan menyelaras program berorientasikan rakyat.


“Secara keseluruhannya, semua 70 kakitangan YWP terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam mendepani senario semasa. Jadi, setiap kakitangan kita perlu menggalas amanah dengan dedikasi, malah 45 kakitangan secara langsung berapa di lapangan sebagai penyelaras di setiap PPV Mobile, telah memberikan perkhidmatan luar biasa dan saya amat menghargainya.


“Jika dibanding tenaga kerja YWP yang sedia ada dengan jumlah populasi di Wilayah Persekutuan, ternyata kita di luar keupayaan, namun syukur ini semua dilalui dengan efektif walaupun terpaksa melakukan banyak pengorbanan.


“Sepanjang penglibatan kakitangan YWP dalam program lapangan semua mereka begitu komited dan sanggup menggadai keselamatan diri demi berbakti kepada rakyat. Kesungguhan inilah yang saya sanjungi dan berbangga iltizam ditunjukkan sehingga ada 10 kakitangan telah disah positif COVID-19 dan dalam proses menjalani kuarantin, kami masih teruskan usaha melawan wabak dan tidak akan berhenti,” katanya.


Mengulas mengenai situasi kakitangan disahkan positif COVID-19, Zaizalnizam berkata sitausi ke semua mereka stabil dan dijaga sepenuhnya oleh YWP termasukl kemudahan rawatan dan aspek kebajikan yang diperlukan.


Katanya, daripada 10 kakitangan terlibat, hanya dua daripadanya dijangkiti di lokasi bertugas dan selebihnya daripada jangkitan di luar.


“YWP komited memastikan semua perancangan yang dicetuskan YB Menteri, Tan Sri TPr Annuar Musa yang juga Pengerusi YWP dilaksana sebaik mungkin demi kepentingan bersama rakyat.


“Kami tidak tertumpu Kuala Lumpur semata-mata malahan ada kakitangan yang turut berulang alik ke Labuan untuk pastikan kelancaran program vakdinasi yang diadakan selain selaraskan aspek kebajikan petugas di sana,” ujarnya sambil tegas mengingatkan semua kakitangan YWP amalkan SOP secara ketat dan lakukan kawalan kendiri.

Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
bottom of page