top of page

Kolaborasi Strategik YWP dan Bank Rakyat Lonjak Agenda Pendidikan serta Kebajikan Wilayah Persekutuan

Oct 7
1 min read

KUALA LUMPUR, 24 September 2026 – Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) telah mengadakan sesi perjumpaan strategik bersama pihak Bank Rakyat bertempat di Wisma YWP hari ini.

Sesi perbincangan tersebut mengetengahkan pelbagai inisiatif penting apabila pihak YWP membentangkan perancangan serta pelaksanaan program-program yang berfokuskan kepada bidang pendidikan dan kebajikan masyarakat. Dalam masa sama, pihak Bank Rakyat turut berkongsi pelbagai kemudahan, produk, serta kelebihan strategik yang ditawarkan oleh institusi kewangan berkenaan.

Pertemuan penting ini diakhiri dengan komitmen serta harapan tinggi daripada kedua-dua belah pihak agar dapat menjalinkan kolaborasi yang erat demi memperkasakan bidang pendidikan dan kesejahteraan kebajikan masyarakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan.

 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075

Email: info@yayasanwp.org.my

www.yayasanwp.org.my

​

bottom of page